link : Dari Aleppo ke Los Angeles.
Dari Aleppo ke Los Angeles.
Nota seorang pembuat filem dokumentari.
Semasa berkerja di Syria dari tahun 2005 hingga 2010, saya tinggal di Damascus dan selalu ke Aleppo.
Aleppo, sebuah bandar laluan pedagang silam, bandar perniagaan dan dengan kebudayaan yang masih hidup; meluangkan masa disana sangat mengagumkan saya. Semasa tahun 2012, semasa sedang menyebarkan filem terakhir saya, mengenai sebuah sekolah pembelajaran al-Quran untuk wanita dan kanak-kanak perempuan, Aleppo sedang memasuki era perang di Syria. Saya merasakan ianya sangatlah dasyat untuk mempertimbangkan nasib bandar ini dan penduduknya, dan saya ingin mencari satu cerita bagi membantu mengekalkan perhubungan dengan bandar ini.
Saya seorang rakan saya, Mustafa Zeno, dari Aleppo, mak dan adik perempuannya baru sahaja berpindah ke Los Angeles. Kemudian saya berjumpa dengan Rudayna dan Dalya, lantaran saya menyedari cerita yang saya cari sebenarnya berada di depan saya, dan saya mula merakamkan perubahan mereka dengan kehidupan baru di Amerika. Mereka bukanlah seperti pelarian tipikal Syria yang lain yang selalu diceritakan dalam tv dan berita. Mereka merupakan golongan kelas pertengahan yang sangat bernasib baik kerana sudah mempunyai kerakyatan Amerika sebelum perang. Mereka tidak menyeberangi Mediterranean dengan rakit, juga mereka bukan pendatang, tetapi mereka sedang berkerja keras untuk menyesuaikan diri dengan budaya baru setelah kehilangan kampung halaman mereka.
Setelah saya mengikuti perkembangan mereka selama empat tahun, saya menyedari pengalaman Dalya sebagai gadis muslim dalam menyesuaikan budaya tradisionalnya dengan budaya Amerika
mungkin sangat berkaitan. Dan sudah pasti semasa kempen pemilihan presiden 2016, di mana larangan perjalanan golongan muslim telah disekat, ia menjadi cabaran makin besar buatnya. Tapi dia mampu meneruskan kehidupannya. Sekarang di sedang belajar di kolej, dimana dengan mempelajari jurusan arkitek dia berharap akan dapat pulang ke Syria dan membantu dalam pembinaan semula tanah airnya.
Dalya mendiami satu komuniti yang sangat khusus di California Selatan - di mana pendatang Arab Muslim disitu sangat bersifat tertutup, terutamanya wanita. Dengan menonton gambaran intim dalam kehidupan Dalya, saya berharap penonton dapat melihat dan memahami perspektif seoran wanita muslim muda Syria-Amerika dan bagaimana dia melihat dunia
di waktu yang rumit ini.
Lihat video dokumentarri Dari Aleppo ke L.A.
https://nyti.ms/2tKNqYT
sumber: Julia Meltzer, thenew york time.
Demikianlah Artikel Dari Aleppo ke Los Angeles.
Anda sekarang membaca artikel Dari Aleppo ke Los Angeles. dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/dari-aleppo-ke-los-angeles.html