Dego Ride Buka Buku Baru

Dego Ride Buka Buku Baru - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Dego Ride Buka Buku Baru, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Dego Ride Buka Buku Baru
link : Dego Ride Buka Buku Baru

Baca juga


Dego Ride Buka Buku Baru

SEKITAR awal tahun syarikat ini terpalit dengan kontroversi kerana menjalankan operasi teksi motosikal secara haram.

Kesannya ribuan penunggang motosikal yang mencari rezeki demi sesuap nasi menerusi perkhidmatan itu terjejas.

Bagaimanapun Dego Ride kini ‘tutup buku lama, buka buku baru’ apabila menawarkan perkhidmatan terbaharu iaitu penghantaran makanan segera.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Nabil Feisal Bamadhaj berkata, khidmat penghantaran sebenarnya telah lama dilaksanakan menerusi Dego Send, malah sebelum perkhidmatan teksi motosikal beroperasi.

Bagaimanapun katanya, ia lebih tertumpu kepada penghantaran barang dan pengangkutan yang digunakan adalah motosikal atau kereta, bergantung kepada saiz dan kuantiti.

“Kali ini kami menambah perkhidmatan itu kepada penghantaran makanan segera menggunakan motosikal.

“Teksi motosikal itu adalah kisah lama dan kami mahu terus melangkah untuk memperkukuhkan perniagaan di samping memberi peluang pekerjaan dan sumber menjana pendapatan kepada rakyat,” katanya kepada mStar Online.

Mac lalu, Kementerian Pengangkutan memutuskan untuk tidak membenarkan perkhidmatan teksi motosikal Dego Ride beroperasi atas faktor keselamatan.

Nabil Feisal Bamadhaj.

Nabil menjelaskan bahawa Dego menyediakan perkhidmatan penghantaran makanan segera kepada pelanggan berdasarkan tempahan pelanggan kepada pengusaha restoran yang mengadakan kerjasama dengan syarikat itu.

Dego kini mencari lebih ramai penunggang motosikal yang berminat untuk menjalankan perkhidmatan ini secara sepenuh dan separuh masa.

Menurut Nabil, sejak dahulu, Dego sentiasa komited memberi peluang pekerjaan kepada rakyat terutama mereka dari kumpulan berpendapatan 40 peratus terendah (B40).

Tambahnya, dengan hanya melakukan penghantaran berhampiran dengan restoran, mereka yang berminat boleh memperoleh pendapatan sehingga RM1,800 sebulan, makanan percuma disediakan, selain berpeluang untuk kenaikan pangkat.

Perkhidmatan penghantaran makanan segera ini telah beroperasi di sekitar Lembah Klang sejak dua bulan lalu membabitkan kira-kira 50 pengusaha restoran.

Nabil berkata, kelayakan adalah mereka yang berumur 18 tahun dan ke atas, mempunyai lesen motosikal yang sah, memiliki motosikal dan telefon pintar sendiri.

“Setiap permohonan akan melalui proses saringan dan latihan akan diberikan selepas pengambilan,” katanya.

Menurut Nabil, sehingga kini Dego mempunyai kira-kira 7,000 penunggang motosikal yang berdaftar dan daripada jumlah itu, antara 600 dan 700 penunggang aktif memberi perkhidmatan penghantaran barang dan makanan setiap hari.

“Kami kini membuka pengambilan segera berikutan permintaan untuk penghantaran makanan segera semakin bertambah,” katanya sambil menambah perkhidmatan tersebut menumpukan Lembah Klang sebelum ia diperluaskan ke seluruh negara. – mStar Online

Loading...

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Dego Ride Buka Buku Baru

Sekianlah artikel Dego Ride Buka Buku Baru kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Dego Ride Buka Buku Baru dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/dego-ride-buka-buku-baru.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :