link : Demi Staf, CEO Hyundai Turki Berpuasa Penuh Ramadan
Demi Staf, CEO Hyundai Turki Berpuasa Penuh Ramadan
ANKARA – Sempena Ramadan, umat Islam kian di seluruh dunia memperbanyakkan ibadah selain menahan lapar dan dahaga pada waktu siang bagi menghayati keindahan bulan mulia ini.
Selain itu, terdapat pelbagai manfaat dari sudut kesihatan hasil amalan berpuasa ini, antaranya bagi mengeluarkan toksin daripada tubuh dan menyihatkan sistem pencernaan dalam anggota badan.
Namun, bukan umat Islam sahaja yang mahu merasai nikmat berpuasa, nampaknya sebilangan masyarakat bukan Islam juga ingin saling menghormati bulan suci ini khasnya di negara majoriti Muslim.
Malah, ada bukan sekadar tidak makan di hadapan rakan Islam yang berpuasa, mereka juga ikut berpuasa selama sebulan! Salah seorang daripadanya adalah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Hyundai Turki.
Menurut media tempatan, Mong Hyun Yoon yang juga Presiden Hyundai Assan Otomotiv San ve Tic. A.Ş, itu sudah pun berpuasa sejak tahun lalu dan tindakannya jelas amat dihargai oleh para pegawainya.
“Sejak tahun lalu, saya sudah mula berpuasa dengan keluarga Hyundai Assan untuk merasakan apa mereka rasakan selama berpuasa,” tulisnya dalam surat terbuka untuk staf yang jadi tular beberapa hari lalu.
“Saya ingin menunjukkan rasa bangga saya terhadap mereka. Betapa kagum saya lihat para pegawai puasa dengan senang hati, tidak menganggap puasa sebagai suatu urusan yang berat,” kata Hyun Yoon.
Ujarnya lagi, melihatkan pekerja tempatan syarikat itu tetap bekerja dengan baik meskipun berpuasa membuatkan beliau berasa simpati terhadap mereka dan belajar memahami orang yang kelaparan di luar sana
“Perkara sebegini adalah pelajaran sangat penting daripada Al-Quran sendiri,” jelasnya yang berpengalaman lebih 30 tahun dengan Hyundai di Korea Selatan dan baru mengetuai syarikat itu di Turki tahun lalu.
Selain ikut berpuasa, Hyun Yoon, 53, yang menyertai Hyundai sejak 1985 itu malah turut memberikan ganjaran kepada kakitangannya yang tetap bekerja keras sepanjang bulan Ramadan waima dalam cuaca panas.
Apa yang pasti, hasil wujudnya sikap toleransi dan prihatin oleh CEO mereka sendiri, semua petugas Muslim nyata semakin dapat melakukan tugas dengan lebih tenang dan berasa gembira tanpa jemu.
Malah, Hyun Yoon memang terkenal dengan sikap bijak dalam menyesuaikan diri sehingga mampu menghafal lagu kebangsaan Turki pada tahun lalu. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA
Loading...
Demikianlah Artikel Demi Staf, CEO Hyundai Turki Berpuasa Penuh Ramadan
Anda sekarang membaca artikel Demi Staf, CEO Hyundai Turki Berpuasa Penuh Ramadan dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/demi-staf-ceo-hyundai-turki-berpuasa.html