Donald Trump Semakin Pinggirkan Umat Islam Ketika Sambutan Aidilfitri

Donald Trump Semakin Pinggirkan Umat Islam Ketika Sambutan Aidilfitri - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Donald Trump Semakin Pinggirkan Umat Islam Ketika Sambutan Aidilfitri, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Donald Trump Semakin Pinggirkan Umat Islam Ketika Sambutan Aidilfitri
link : Donald Trump Semakin Pinggirkan Umat Islam Ketika Sambutan Aidilfitri

Baca juga


Donald Trump Semakin Pinggirkan Umat Islam Ketika Sambutan Aidilfitri

Donald Trump Semakin Pinggirkan Umat Islam Ketika Sambutan Aidilfitri

Donald Trump dikatakan tidak lagi meneruskan tradisi mengadakan majlis iftar seperti mana dianjurkan bekas presiden Amerika Syarikat sejak 1805. (Gambar: AFP)

Bulan yang penuh suci buat umat Islam, Ramadan telah pun berakhir. Kini para Muslimin dan Muslimat sedang sibuk meraikan Aidilfitri. Di sebalik suasana penuh kemeriahan dialami penduduk Malaysia, lain pula kisahnya buat umat Islam di seberang lautan.

Di Amerika Syarikat, kaum Islam nampaknya semakin dipinggirkan Presiden mereka sendiri iaitu Donald Trump yang sebelum ini digelar sebagai seorang yang ‘anti-Islam’.

Satu lagi kontroversi dicetuskannya apabila beliau telah membatalkan tradisi Rumah Putih yang menganjurkan majlis iftar atau jamuan Aidilfitri pada setiap tahun bagi meraikan umat Islam di negara itu.

Menurut laporan Reuters, pentadbiran Trump telah dinasihatkan oleh Jabatan Agama dan Hal Ehwal Global AS untuk meneruskan tradisi ini tetapi mereka telah bertindak sebaliknya.

Sejak tahun 2016 tiada lagi sambutan Iftar dan Aidilfitri di Rumah Putih, Amerika Syarikat.

SAMBUTAN RUMAH PUTIH SEBELUM INI

Majlis iftar bersama Presiden AS yang pertama dipercayai diadakan pada tahun 1805. Menurut laporan laman sesawang Jabatan Negara AS, IIP Digital, Thomas Jefferson yang merupakan Presiden AS pada ketika itu, telah meraikan satu rombongan dari Tunisa untuk majlis iftar di Rumah Putih.

“Pengetahuan Jefferson mengenai agama Islam berkemungkinan lahir dari pembelajaran ilmu undang-undangnya. Pada tahun 1765, Jefferson telah membeli dua jilid al-Quran dalam terjemahan Bahasa Inggeris buat koleksi perpustakaan peribadinya,” tulis laman sesawang tersebut.

Majlis iftar ini bagaimanapun menjadi tradisi tahunan bermula dari tahun 1996. Seramai 150 umat Islam diraikan di Rumah Putih oleh Wanita Pertama AS pada ketika itu, Hillary Clinton.

“Pemahaman yang lebih mendalam mengenai Islam akan membantu negara ini membina kekuatan dan ketahanan,” ujar Clinton, seperti yang dilaporkan The Associated Press.

Majlis sambutan Ramadan atau Syawal ini diteruskan pada setiap tahun sehingga pada tahun 2016 iaitu tahun terakhir sebelum Trump dipilih sebagai Presiden.

“Ramadan dan musim perayaan yang hadir selepas itu adalah masa yang sesuai bagi rakyat dari pelbagai kepercayaan untuk mengenali antara satu-sama lain,” ujar Presiden George W. Bush pada majlis yang diadakan pada tahun 2001.

“Ramadan merupakan satu peringatan buat kita bahawa agama Islam sebenarnya telah lama menjadi sebahagian daripada negara Amerika,” kata Presiden Barack Obama pada tahun 2010.

Barack Obama antara bekas presiden Amerika Syarikat yang meneruskan tradisi sambutan iftar dan Syawal bersama Muslim di negara itu.

REAKSI UMAT ISLAM AMERIKA

Menurut Imam Masjid Negara di Washington D.C., Talib Shareef, tindakan Trump yang menamatkan tradisi ini memberikan gambaran yang buruk terhadap Presiden itu.

“Dia selalu ada kesempatan untuk pergi bermain golf dan macam-macam lagi. Kenapa dia tidak ada masa untuk diluangkan buat sebahagian masyarakatnya yang ketika ini perlukan sokongan? Mesej yang dia berikan adalah kami tidak penting,” ujar Shareef seperti yang dilaporkan Newsweek.

“Ini sebenarnya peluang untuknya merapatkan jurang antara umat Islam dan bukan Islam tetapi sebaliknya dia semakin menjarakkan kami,” tambahnya lagi.

Sebagai tanda protes ke atas tindakan Trump ini, seramai 100 aktivis Muslim telah mengadakan kempen #IftarInTheStreets. Mereka mengadakan solat dan majlis berbuka puasa pada 1 Jun lepas di luar bangunan pusat perniagaan Trump di New York iaitu Trump Tower.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Donald Trump Semakin Pinggirkan Umat Islam Ketika Sambutan Aidilfitri

Sekianlah artikel Donald Trump Semakin Pinggirkan Umat Islam Ketika Sambutan Aidilfitri kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Donald Trump Semakin Pinggirkan Umat Islam Ketika Sambutan Aidilfitri dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/donald-trump-semakin-pinggirkan-umat_30.html

Subscribe to receive free email updates: