link : Dua juruterbang pesawat TUDM Hawk 108 disahkan meninggal dunia
Dua juruterbang pesawat TUDM Hawk 108 disahkan meninggal dunia
KUALA LUMPUR: Dua juruterbang pesawat Tentera Udara Malaysia (TUDM) Hawk 108 yang dikhuatiri hilang sebelum ini, disahkan meninggal dunia.Kedua juruterbang tersebut dikenal pasti sebagai Mejar Yazmi Mohamed Yusof, 39, dan Mejar Mohd Hasri Zahari, 31.
Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia, Jeneral Datuk Seri Affendi Buang yang mengesahkan perkara itu berkata tragedi itu berlaku ekoran pesawat tersebut terlibat dalam kemalangan.
Beliau berkata kedua mereka ditemui meninggal dunia di kawasan berpaya di Chukai, Kemaman.
Mereka dipercayai keluar dari pesawat dengan menggunakan kerusi lenting.
Jenazah kedua-dua juruterbang itu kini sedang di bawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan di Kuantan, Pahang.
Astro AWANI difahamkan Yazmi yang berasal dari Kuala Lumpur menjadi pengajar untuk lebih enam tahun dan berkhidmat dengan TUDM selama 19 tahun.
Mejar Asri pula sudah berkhidmat sebagai juruterbang operasi selama 13 tahun.
Sebelum itu, TUDM dalam satu kenyataan memaklumkan sebuah pesawat Tentera Udara Malaysia (TUDM) Hawk 108 dikhuatiri hilang di utara Kuantan dan di persempadanan Terengganu dari Pahang jam 11.30 pagi tadi.
Kenyataan tersebut turut menyebut pesawat telah berlepas dari Pangkalan Udara Kuantan pada jam 11 pagi dan terputus hubungan 30 minit selepas itu.
malaysiaway.blogspot.com
Demikianlah Artikel Dua juruterbang pesawat TUDM Hawk 108 disahkan meninggal dunia
Anda sekarang membaca artikel Dua juruterbang pesawat TUDM Hawk 108 disahkan meninggal dunia dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/dua-juruterbang-pesawat-tudm-hawk-108.html