Dulu penakut, sekarang abang bomba

Dulu penakut, sekarang abang bomba - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Dulu penakut, sekarang abang bomba, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Dulu penakut, sekarang abang bomba
link : Dulu penakut, sekarang abang bomba

Baca juga


Dulu penakut, sekarang abang bomba

SIAPA sangka lelaki gayat di dalam video yang tular di laman sosial Facebook ketika ingin melakukan aksi abseiling enam tahun lalu, kini seorang anggota Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Katil, Melaka.

Che Ku Muhammad Rizzuwan Che Ku Mohsin, 22, berkata sejak video itu tular pada hari lahirnya, 18 Mei lalu, ramai kawan dan sedara-mara menelefonnya untuk mengetahui perkara sebenar.

"Mereka terkejut kerana tahu saya seorang anggota bomba, namun kejadian di dalam video itu berbeza dengan perwatakan saya ketika ini.

"Ya memang betul lelaki di dalam video itu adalah saya ketika mengikuti aktiviti abseiling dalam Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di Kem PLKN Pagoh pada 2012.

"Saya sedar video itu dirakam dan tidak kisah ia ditonton orang ramai, malah terkejut ia disaksikan lebih 30,000 pengguna laman sosial," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, video itu dimuatnaik di laman sosial Facebook oleh Ketua Platun PLKNnya, Aliuddin Abu Bakar, 22, ketika menyambut ulang tahun kelahirannya, namun tidak sangka ia tular dan mendapat perhatian rakyat Malaysia.

Katanya, tidak merasa malu malah boleh ketawa apabila menonton video berkenaan.

"Pada masa itu saya benar-benar takut dan tidak yakin dengan ikatan dan simpulan tali. Malah itu juga kali pertama saya melakukan aktiviti abseiling.

"Apa yang mahu dimalukan, malah saya turut ketawa bila menonton semula video berkenaan yang memperlihatkan ketakutan saya sehingga menggigil kepala lutut.

"Bagaimanapun, saya yakin tiada orang menyangka lelaki penakut itu kini menjadi anggota bomba," katanya yang mula berkhidmat sejak dua tahun lalu.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Dulu penakut, sekarang abang bomba

Sekianlah artikel Dulu penakut, sekarang abang bomba kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Dulu penakut, sekarang abang bomba dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/dulu-penakut-sekarang-abang-bomba.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :