ECRL: K’tan Beri Kerjasama Untuk Proses Pengambilan Tanah

ECRL: K’tan Beri Kerjasama Untuk Proses Pengambilan Tanah - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul ECRL: K’tan Beri Kerjasama Untuk Proses Pengambilan Tanah, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : ECRL: K’tan Beri Kerjasama Untuk Proses Pengambilan Tanah
link : ECRL: K’tan Beri Kerjasama Untuk Proses Pengambilan Tanah

Baca juga


ECRL: K’tan Beri Kerjasama Untuk Proses Pengambilan Tanah

KOTA BHARU – Kerajaan negeri Kelantan akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada Malaysia Rail Link Sdn Bhd untuk proses pengambilan tanah bagi pembinaan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang menghubungkan Pengkalan Kubor dengan Pelabuhan Klang di Selangor.

Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Kelantan (MTPNK), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata walaupun ada beberapa perkara masih belum selesai antara pihak pemaju dan kerajaan negeri ketika ini, namun beliau yakin ia akan dapat diselesaikan dengan baik.

“Ada beberapa perkara yang belum dibereskan dan ini sudah pasti memerlukan kerjasama daripada kerajaan negeri. Tetapi kita difahamkan kerajaan negeri akan beri kerjasama sepenuhnya terhadap (projek) ECRL dalam urusan pengambilan tanah untuk pembinaan (projek berkenaan),” katanya kepada pemberita pada Majlis Perjumpaan Khas dan Berbuka Puasa di sini malam tadi.

Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Rail Link Sdn Bhd, Darwis Abdul Razak.

Sementara itu Darwis berkata proses pengambilan tanah akan bermula pada Julai ini dan akan berlangsung selama 12 bulan.

“Kita akan ikut prosedur-prosedur tertentu bagi memastikan proses pengambilan tanah dapat dijalankan secara teratur dan pampasan akan diberikan pada kadar yang munasabah,” katanya.

Difahamkan, proses pengambilan tanah itu membabitkan pemakluman melalui surat kepada pemilik-pemilik tanah yang telah dikenal pasti sebelum satu perbicangan diadakan dengan mereka yang terlibat.

Projek ECRL sepanjang 600 kilometer itu akan menghubungkan Lembah Klang dengan kawasan Pantai Timur melalui rangkaian perkhidmatan kereta api yang melalui Pelabuhan Klang, Terminal Pengangkutan Bersepadu (ITT) Gombak, Bentong, Mentakab, Kuantan, Kemaman, Kerteh, Kuala Terengganu, Jelawat di Bachok dan berakhir di Pengkalan Kubor, Tumpat.

Terdahulu Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyerahkan sumbangan kepada 50 orang asnaf.

Majlis berkenaan turut menghargai jasa bekas Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Kelantan, Datuk Makhtar Mustapha yang bersara pada 23 Mei lepas dan digantikan dengan Yahya Mamat. – BERNAMA

Loading...


malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel ECRL: K’tan Beri Kerjasama Untuk Proses Pengambilan Tanah

Sekianlah artikel ECRL: K’tan Beri Kerjasama Untuk Proses Pengambilan Tanah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel ECRL: K’tan Beri Kerjasama Untuk Proses Pengambilan Tanah dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/ecrl-ktan-beri-kerjasama-untuk-proses.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :