link : Etnik Rohingya Perlukan 700 Pusat Perlindungan Akibat Taufan Mora
Etnik Rohingya Perlukan 700 Pusat Perlindungan Akibat Taufan Mora
Pelarian Rohingya mengalami kemusnahan tempat tinggal selepas dilanda taufan Mora di perkampungan Cox's Bazar, Bangladesh baru-baru ini. (Gambar: AFP)
Taufan Mora yang melanda Rakhine, Myanmar pada 30 Mei lalu meranapkan hampir 70 peratus kem pelarian di tempat sendiri (IDP) entik muslim Rohingya di negera berkenaan.
Peristiwa angin kencang Taufan Mora yang dilaporkan mencapai kelajuan sehingga 135 kilometer sejam itu difahamkan menjejaskan sebanyak 30,000 buah keluarga di situ.
Organisasi kebajikan memberi amaran bahawa pelarian Rohingya terbabit bakal berdepan krisis yang teruk terutama dalam aspek bekalan makanan dan penginapan.
BANTUAN NGO MALAYSIA
Menyedari musibah dihadapi entik Islam Rohingya terbabit, Pertubuhan Kebajikan Serantau Muslim (Serantau Muslim) Malaysia mengambil inisiatif menghulurkan bantuan.
Pengerusi Serantau Muslim, Dr Raja Ahmad Iskandar Raja Yaacob berkata, pihaknya berjaya sampai ke wilayah bergolak itu bagi menghulurkan bantuan berkenaan pada 16 Jun lalu.
"Kami menyampaikan pek makanan untuk 1,000 keluarga, membina 25 wakaf telaga air dan lima buah rumah perlindungan hasil sumbangan orang ramai di perkampungan Rohingya di IDP Kem di Sittwe.
"Misi bantuan kemanusiaan ini dilakukan dengan kerjasama 'Mountain Of Mercy' yang berpangkalan di United Kingdom," katanya dalam satu kenyataan media, baru-baru ini.
PUSAT PERLINDUNGAN TIDAK MENCUKUPI
Raja Iskandar menjelaskan, misi itu dilaksanakan atas dasar tanggungjawab dan semangat kemanusiaan untuk membantu etnik Rohingya yang ditindas oleh pemerintahnya sendiri.
Menurutnya, walaupun Serantau Muslim menyalurkan bantuan lima buah rumah perlindungan, ia tidak mencukupi kerana etnik terbabit memerlukan sekurang-kurangnya 700 pusat perlindungan disebabkan bencana itu. Bantuan kecemasan membina semula pusat perlindungan amat diperlukan dengan kadar segera untuk mereka menumpang teduh dan meneruskan kehidupan yang masih panjang.
"Setiap pusat perlindungan boleh menampung lapan buah keluarga, biarpun ia kelihatan sangat daif tetapi sangat-sangat diharapkan umat Islam di sana.
"Sekurang kurangnya 700 pusat perlindungan diperlukan menjelang Aidilfitri ini dengan kos pembinaan sebuah pusat perlindungan yang boleh didiami oleh lapan buah keluarga.setiap satu RM40,000," katanya.
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel Etnik Rohingya Perlukan 700 Pusat Perlindungan Akibat Taufan Mora
Anda sekarang membaca artikel Etnik Rohingya Perlukan 700 Pusat Perlindungan Akibat Taufan Mora dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/etnik-rohingya-perlukan-700-pusat.html