Exco PPBM Lapor SPRM Salah Guna Kuasa Rasuah Pemimpin Parti

Exco PPBM Lapor SPRM Salah Guna Kuasa Rasuah Pemimpin Parti - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Exco PPBM Lapor SPRM Salah Guna Kuasa Rasuah Pemimpin Parti, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Exco PPBM Lapor SPRM Salah Guna Kuasa Rasuah Pemimpin Parti
link : Exco PPBM Lapor SPRM Salah Guna Kuasa Rasuah Pemimpin Parti

Baca juga


Exco PPBM Lapor SPRM Salah Guna Kuasa Rasuah Pemimpin Parti

PUTRAJAYA – Seorang anggota exco Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Pusat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat kemungkinan pernah berlaku salah laku, penyelewengan dan salah guna kuasa melibatkan dua pemimpin tertinggi parti.

Mohamad Taufik Abas berkata laporan itu melibatkan tender pengilangan, pembekalan dan penghantaran kabel fiber optik antara syarikat Opcom Sdn Bhd yang dimiliki oleh Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir dan Telekom Malaysia Berhad (Telekom) pada 2003 ketika Tun Dr Mahathir Mohamad merupakan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.

Beliau mendakwa projek bernilai RM214.2 juta itu diperoleh secara terus oleh Opcom daripada Telekom.

“Jadi, saya ingin SPRM siasat sebarang kemungkinan salah guna kuasa dan rasuah kerana Telekom merupakan syarikat berkaitan kerajaan manakala Kementerian Kewangan berada dalam jawatankuasa tender,” katanya kepada pemberita selepas selesai memberi keterangan dan membuat laporan di ibu pejabat suruhanjaya itu di sini.

Ketika ini Dr Mahathir merupakan Pengerusi PPBM dan Mukhriz pula adalah Timbalan Presiden parti itu.

Mohamad Taufik yang turut menyerahkan beberapa dokumen bagi menyokong laporan yang dibuatnya, berkata beliau bertindak demikian bagi membersihkan PPBM daripada sebarang unsur negatif sepertimana konsep ketelusan, tolak rasuah dan kebebasan bersuara yang dilaung-laungkan pemimpin parti.

– BERNAMA

Loading...

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Exco PPBM Lapor SPRM Salah Guna Kuasa Rasuah Pemimpin Parti

Sekianlah artikel Exco PPBM Lapor SPRM Salah Guna Kuasa Rasuah Pemimpin Parti kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Exco PPBM Lapor SPRM Salah Guna Kuasa Rasuah Pemimpin Parti dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/exco-ppbm-lapor-sprm-salah-guna-kuasa.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :