FAMA Akan Lancar 5 Trak Baharu Untuk Usahawan Agro Trak

FAMA Akan Lancar 5 Trak Baharu Untuk Usahawan Agro Trak - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul FAMA Akan Lancar 5 Trak Baharu Untuk Usahawan Agro Trak, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : FAMA Akan Lancar 5 Trak Baharu Untuk Usahawan Agro Trak
link : FAMA Akan Lancar 5 Trak Baharu Untuk Usahawan Agro Trak

Baca juga


FAMA Akan Lancar 5 Trak Baharu Untuk Usahawan Agro Trak

YAN – Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) akan mengeluarkan lima trak model baharu yang dilengkapi sistem lebih moden bersaiz muatan lima tan untuk kegunaan usahawan yang menyertai Program Karavan Tani, kini dikenali sebagai Agro Trak.

Pengerusi FAMA Tan Sri Badruddin Amiruldin berkata ciri istimewa trak untuk usahawan yang ingin menjual produk pertanian mahupun Industri Kecil dan Sederhana (IKS) secara bergerak itu adalah ia mempunyai susun atur yang lebih tersusun dan kemas seperti di pasar raya.

“Sesiapa yang menjual sayur-sayuran, buah-buahan, ikan, daging dan (produk) IKS boleh menyusun produk mereka macam susunan di pasar raya dan boleh bergerak di seluruh negara dan negeri,” katanya hari ini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan jualan khas pra-Syawal bagi pasar tani di bawah FAMA peringkat negeri di Guar Chempedak dekat sini yang turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Perdagangan Dalam Negeri, Hal Ehwal Pengguna dan Koperasi negeri Datuk Dr Ku Abd Rahman Ku Ismail.

Badruddin berkata dijangkakan pihaknya dapat melancarkan trak baharu itu dalam tempoh sebulan setengah dari sekarang setelah selesai proses mengenal pasti model trak yang paling bersesuaian untuk menjual produk pertanian mahupun IKS.

Sementara itu, beliau berkata setakat ini terdapat seramai 250 usahawan Agro Trak di seluruh negara dan pihaknya menggalakkan lebih ramai golongan muda menjalankan perniagaan berkonsepkan trak kerana lebih efisien, bersih dan memberikan pulangan berganda.

“Mereka tidak perlu membuka kedai yang kita sedia maklum memerlukan kos yang banyak. Guna trak ini lebih mudah, mereka hanya membuat persediaan di rumah dari segi pembungkusan dan terus bergerak untuk menjual,” katanya.

– BERNAMA

Loading...

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel FAMA Akan Lancar 5 Trak Baharu Untuk Usahawan Agro Trak

Sekianlah artikel FAMA Akan Lancar 5 Trak Baharu Untuk Usahawan Agro Trak kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel FAMA Akan Lancar 5 Trak Baharu Untuk Usahawan Agro Trak dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/fama-akan-lancar-5-trak-baharu-untuk.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :