Filem Web Menarik Sempena Aidilfitri

Filem Web Menarik Sempena Aidilfitri - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Filem Web Menarik Sempena Aidilfitri, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Filem Web Menarik Sempena Aidilfitri
link : Filem Web Menarik Sempena Aidilfitri

Baca juga


Filem Web Menarik Sempena Aidilfitri

KUALA LUMPUR – Bersempena sambutan Aidilfitri tahun ini, Petronas menerbitkan filem web terbarunya yang menarik berjudul ‘Donut ke Karipap?’

Filem berdurasi 256 saat itu berkisar tentang lima watak dalam produksi Petronas bersempena sambutan Tahun Baharu Cina serta perayaan Gawai dan Kaamatan 2017, yang mengharungi pelbagai dugaan dalam menyelami nilai mulia yang tersembunyi di sebalik amalan berpuasa Ramadan hingga menjadikan sambutan Aidilfitri lebih bermakna bagi mereka.

Nilai yang dimaksudkan ialah kesabaran, berhati mulia, rela berkorban dan permuafakatan – sejajar dengan semangat sambutan Aidilfitri serta komitmen Petronas sejak sekian lama dalam merapatkan hubungan sesama rakyat Malaysia melalui kempennya sempena musim perayaan, kata syarikat minyak dan gas negara itu dalam kenyataan di sini.

Filem berkenaan ditayangkan bagi tujuan pratonton pada majlis pelancaran ‘kempen berhenti rehat sambil minum kopi Petronas’ yang diadakan semula sempena Aidilfitri 2017 dan ditayangkan dari 22 hingga 23 Jun dan 1 hingga 2 Julai.

Pengurus Besar Kanan Komunikasi Strategik Kumpulan Petronas Zahariah Abd Rahman berkata syarikat itu gembira kerana dapat menghidangkan satu lagi kisah menarik mengenai keakraban rakyat Malaysia, yang diharap dapat meninggalkan kesan berkekalan di sanubari setiap orang, sama seperti beberapa penerbitannya sebelum ini.

“Melalui kempen bersempena sambutan sesuatu perayaan, kami mengajak seluruh rakyat Malaysia supaya berpegang teguh pada nilai, tradisi dan budaya yang kita kongsi bersama sejak sekian lama serta sentiasa menghayati perkara penting itu kerana ia telah berjaya menjalin ikatan kukuh antara sesama kita sebagai rakyat Malaysia dan sebagai sebuah negara,” katanya.

Orang ramai boleh melayari saluran jenama rasmi Petronas di http://ift.tt/2sWYUvI filem itu. Versi iklan televisyen sepanjang 60 saat pula akan disiarkan hingga 30 Jun.

“Petronas Coffee Break Campaign”, yang merupakan sebahagian daripada inisiatif keselamatan jalan raya Petronas pada musim perayaan, menyediakan lebih 700,000 cawan minuman kopi segar serta snek dan pemeriksaan kesihatan di stesen PETRONAS yang mengambil bahagian di seluruh negara.

– BERNAMA

Loading...

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Filem Web Menarik Sempena Aidilfitri

Sekianlah artikel Filem Web Menarik Sempena Aidilfitri kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Filem Web Menarik Sempena Aidilfitri dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/filem-web-menarik-sempena-aidilfitri.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :