link : G-Dragon tidak lupa peminat di Malaysia
G-Dragon tidak lupa peminat di Malaysia
PENYANYI terkenal Korea Selatan, G-Dragon nyata tidak menghampakan peminat-peminatnya di tanah air ini apabila mengumumkan akan kembali ke Malaysia untuk konsert jelajah 2017 beliau.
Sebelum ini, para peminat harus berpuas hati apabila nama Malaysia tidak tersenarai di dalam konsert tersebut namun semua itu bakal berubah.
Pihak penganjur, IME Malaysia mengumumkan selebriti tersebut akan mengadakan konsertnya ACTIII, M.O.T.T.E ‘Moment of Truth The End’ pada 16 September ini bertempat di Stadium Merdeka.
Kali terakhir penyanyi itu atau nama sebenarnya Kwon Ji Yong menjejakkan kaki ke Malaysia adalah pada Oktober tahun lalu untuk satu konsert dan ‘fan-meeting’ bersama kumpulan Big Bang di mana beliau merupakan ketuanya.
Sementara itu, beliau juga baru sahaja melancarkan album terbarunya, ‘Kwon Ji Yong’ yang mendapat sambutan hangat di pasaran.
The post G-Dragon tidak lupa peminat di Malaysia appeared first on Berita Viral.
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel G-Dragon tidak lupa peminat di Malaysia
Anda sekarang membaca artikel G-Dragon tidak lupa peminat di Malaysia dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/g-dragon-tidak-lupa-peminat-di-malaysia.html