Gadis Kongsi Kisah Kebaikan Dua Pegawai Peronda Bantu Tukarkan Tayar Kereta

Gadis Kongsi Kisah Kebaikan Dua Pegawai Peronda Bantu Tukarkan Tayar Kereta - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Gadis Kongsi Kisah Kebaikan Dua Pegawai Peronda Bantu Tukarkan Tayar Kereta, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Gadis Kongsi Kisah Kebaikan Dua Pegawai Peronda Bantu Tukarkan Tayar Kereta
link : Gadis Kongsi Kisah Kebaikan Dua Pegawai Peronda Bantu Tukarkan Tayar Kereta

Baca juga


Gadis Kongsi Kisah Kebaikan Dua Pegawai Peronda Bantu Tukarkan Tayar Kereta

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:

Pengalaman kereta rosak dan terkandas di tepi jalan raya ketika cuaca panas semestinya satu situasi yang tiada siapa ingin lalui. Bukan sahaja terpaksa menahan cuaca, tapi juga harus menunggu bantuan tiba. 5 minit rasa macam 15 minit time macam ni!



Melalui satu perkongsian dari seorang netizen di Facebook, seorang wanita berkongsi pengalamannya ketika tayar kereta tiba-tiba tertusuk sesuatu semasa dalam perjalanan pulang.

“Saya hubungi abang saya untuk meminta bantuan dan dia kemudian memberitahu dia sudah dalam perjalanan tetapi tidak lama selepas itu, saya ternampak kereta peronda lebuhraya lalu di laluan seberang. Kemudian, saya nampak mereka datang dan memberhentikan kenderaan berdekatan kereta saya dan memanggil saya.”

Sumber: Facebook

Menurut World of Buzz, mereka kemudian bertanya kepadanya sama ada tayar keretanya itu meletup dan gadis berkenaan mengesahkan perkata tersebut.

“Kedua-dua pegawai itu kemudian segera turun dari kereta dan memberitahu mereka akan membantu menukarkan tayar. Saya sangat bersyukur pada ketika itu dan hanya mampu mengucapkan terima kasih kepada mereka tanpa henti. Pada waktu itu, cuaca sangat panas tetapi mereka berhenti untuk membantu. Saya benar-benar bernasib baik kerana berjumpa dengan pegawai yang bantu menukarkan tayar. Terima kasih banyak banyak!”

Sumber: Facebook Sumber: Facebook

Ramai netizen memberi komen kepada status itu dan memuji tindakan kedua-dua pegawai tersebut yang membantunya. Gadis itu turut memberitahu bahawa dia mahu memberikan sedikit bayaran sebagai upah tanda penghargaan tetapi mereka menolak.



Ada juga yang berkata ia sudah menjadi tugas dan tanggungjawab mereka untuk membantu pemandu yang terkandas, tetapi ramai yang membalas dengan berkata, jika begitu mereka mungkin hanya akan pejam mata sahaja dan tidak menolongnya keluar dari kesukaran itu.

Apa-apa pun, terima kasih kepada kedua-dua pegawai itu kerana sudi membantu. Salute!

Baca: Jururawat Dalam Perjalanan Ke Tempat Kerja Berhenti Untuk Bantu Mangsa Kemalangan Dipuji Netizen

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Gadis Kongsi Kisah Kebaikan Dua Pegawai Peronda Bantu Tukarkan Tayar Kereta

Sekianlah artikel Gadis Kongsi Kisah Kebaikan Dua Pegawai Peronda Bantu Tukarkan Tayar Kereta kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Gadis Kongsi Kisah Kebaikan Dua Pegawai Peronda Bantu Tukarkan Tayar Kereta dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/gadis-kongsi-kisah-kebaikan-dua-pegawai.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :