link : Gadis Muat Naik Gambar Rakan Kerja Minum di Pejabat Dikecam Netizen
Gadis Muat Naik Gambar Rakan Kerja Minum di Pejabat Dikecam Netizen
Bulan Ramadan adalah bulan yang mulia dan semua umat Islam dinasihatkan supaya menjauhkan diri dari membuat perkara buruk seperti mengeluarkan kata-kata yang tidak elok.
Walaupun semua syaitan telah diikat pada bulan yang mulia ini, masih ada juga mulut yang macam puaka tau!
Dalam satu status Facebook yang tular baru-baru ini, seorang pengguna bernama Baby Arra Fans Official telah menulis,
“Kenapa korang cakap perempuan tak bertudung jahat sebab tak tutup aurat. Sekarang saya nak tunjuk bukti gambar perempuan bertudung pun teruk tak puasa dan minum senyap-senyap di ofis. Korang fikir sendiri jangan main cakap je perempuan tak bertudung jahat tapi yang pakai tudung pun sama saja.”
Tak lama selepas itu, status tersebut terus menarik perhatian orang ramai kerana keangkuhannya mengutuk wanita lain tanpa mengetahui sebab sebenar gadis bertudung itu bertindak sedemikian.
Kini status tersebut telah mendapat sebanyak 1,600 komen dan 2,300 share di Facebook.
Netizen telah mengecam Arra dan menyokong gadis bertudung itu kerana ramai berpendapat bahawa pasti perempuan tersebut mempunyai sebab yang tersendiri kenapa dia tidak berpuasa.
“Kalau dia minum sorok-sorok maknanya dia tak mahu orang tengok dia minum dan fikir bukan-bukan. Sekurang-kurangnya dia berusaha untuk tak bagi orang tahu yang dia tak puasa mungkin atas sebab-sebab tertentu”
Walaupun status itu telah menerima beribu komen negatif, dia masih belum lagi memadamnya atau memberi komen tentang isu ini.
Patutnya bulan puasa ni banyakkan fikir dosa sendiri, bukan menyibuk cari salah orang lain!
Baca : Gadis 17 Tahun Dikecam di Facebook Kerana Minta Bantuan Kewangan
Demikianlah Artikel Gadis Muat Naik Gambar Rakan Kerja Minum di Pejabat Dikecam Netizen
Anda sekarang membaca artikel Gadis Muat Naik Gambar Rakan Kerja Minum di Pejabat Dikecam Netizen dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/gadis-muat-naik-gambar-rakan-kerja.html