Giliran Taecyon (2PM) Sertai Latihan Ketenteraan

Giliran Taecyon (2PM) Sertai Latihan Ketenteraan - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Giliran Taecyon (2PM) Sertai Latihan Ketenteraan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Giliran Taecyon (2PM) Sertai Latihan Ketenteraan
link : Giliran Taecyon (2PM) Sertai Latihan Ketenteraan

Baca juga


Giliran Taecyon (2PM) Sertai Latihan Ketenteraan

UMUM mengetahui kumpulan 2PM baharu sahaja selesai menjayakan konsert jelajah mereka namun salah seorang anggotanya, Taecyeon dikehendaki melaporkan diri bagi menjalani latihan wajib ketenteraan.

Berita tersebut menjadikan dia anggota pertama artis bawah label JYP Entertainment itu yang perlu menyertai latihan ketenteraan.

Menerusi sebuah wawancara, Taecyeon memberitahu dia sepatutnya melaporkan diri bersama salah seorang lagi ahli 2PM iaitu Jun K namun kecederaan dialami rakan baiknya itu menyebabkan dia terpaksa menangguhkan latihannya.

“Sedih juga tidak dapat bersama-sama dengan Jun K kerana dia adalah rakan baik saya namun dia perlu berehat dan pulih daripada kecederaan dialami,” katanya seperti dilaporkan Soompi.

Kecederaan dialami Jun K itu akibat terjatuh daripada pentas setinggi tiga meter ketika 2PM mengadakan konsert 6 Night di SK Olympic Handball Gymnasium Seoul, pada 26 Februari lalu.
Ketika kejadian, pentas bergerak itu secara tiba-tiba terbuka dan Jun K yang berada di atasnya terjatuh sebelum dikejarkan ke hospital.

Dalam pada itu, Taecyeon mengakui sedih kerana tidak dapat bertemu dengan rakan-rakannya dalam 2PM dan peminat untuk tempoh yang lama apabila berada di kem tentera.

“Bila kita berenam dapat menyanyi bersama lagi?,” kata jejaka yang dibesarkan di Boston, Amerika Syarikat itu.

Sejak akhir-akhir ini ramai selebriti di Korea Selatan dipanggil untuk menjalani latihan ketenteraan selama dua tahun.

The post Giliran Taecyon (2PM) Sertai Latihan Ketenteraan appeared first on Berita Viral.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Giliran Taecyon (2PM) Sertai Latihan Ketenteraan

Sekianlah artikel Giliran Taecyon (2PM) Sertai Latihan Ketenteraan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Giliran Taecyon (2PM) Sertai Latihan Ketenteraan dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/giliran-taecyon-2pm-sertai-latihan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :