link : Golongan Berada Digalakkan Bantu Orang Susah
Golongan Berada Digalakkan Bantu Orang Susah
BAGAN SERAI – Mufti Perak Tan Sri Harunssani Zakaria hari ini meluahkan kekesalan kerana meskipun Malaysia mempunyai ramai orang kaya, namun tidak banyak yang turun padang membantu mereka yang memerlukan.
Sehubungan itu, beliau menggesa agar golongan ini, terutama yang beragama Islam, agar tidak kedekut untuk menghulurkan bantuan kepada yang kurang bernasib baik, terutama pada bulan Ramadan.
“Mereka sepatutnya mencontohi Yayasan Muhibah Tan Sri Fng Ah Seng yang sering memberi bantuan kebajikan kepada orang Islam,” katanya ketika berucap pada majlis penyampaian bantuan Aidilfitri kepada fakir miskin oleh yayasan itu, di sini hari ini.
Pada majlis ke-13 itu, yayasan berkenaan menyumbangkan RM200 seorang kepada 200 penerima dari Bagan Serai dan Parit, manakala 10 lagi dari kawasan sama menerima RM2,000 seorang selain menyerahkan zakat berjumlah RM20,000 kepada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (Maipk).
Harussani berkata sumbangan yayasan tersebut membuktikan keperihatinan mereka dalam menyumbang kepada asnaf di negeri Perak.
“Yayasan ini membantu golongan asnaf berdasarkan hasil keuntungan dalam melaksanakan projek perumahan di negeri ini. Setiap tahun yayasan ini menderma untuk rumah kebajikan, sekolah dan membantu mereka yang memerlukannya,” katanya.
Sementara itu, Pengerusi yayasan, Tan Sri Fng Ah Seng berkata pihaknya mahu berkongsi kekayaaan dengan memberikan bantuan kepada golongan yang memerlukan pada hari raya kali ini.
“Kita memperuntukkan RM1 juta untuk diagihkan kepada golongan miskin pada tahun ini,” katanya. – BERNAMA
Loading...
Demikianlah Artikel Golongan Berada Digalakkan Bantu Orang Susah
Anda sekarang membaca artikel Golongan Berada Digalakkan Bantu Orang Susah dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/golongan-berada-digalakkan-bantu-orang.html