Guan Eng cuba cuci tangan kegiatan judi, kata PAS

Guan Eng cuba cuci tangan kegiatan judi, kata PAS - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Guan Eng cuba cuci tangan kegiatan judi, kata PAS, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Guan Eng cuba cuci tangan kegiatan judi, kata PAS
link : Guan Eng cuba cuci tangan kegiatan judi, kata PAS

Baca juga


Guan Eng cuba cuci tangan kegiatan judi, kata PAS

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng didakwa cuba mencuci tangan dan mengambil sikap sambil lewa seolah-olah kegiatan perjudian di negeri itu tidak melibatkan kerajaan negeri.

Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri Pulau Pinang Iszuree Ibrahim (gambar) berkata, Guan Eng tidak seharusnya menuding jari kepada pihak polis sebaliknya perlu menerima hakikat bahawa statistik tangkapan dan rampasan perjudian meningkat ketika dibawah pentadbirannya.

“Hakikatnya tidak perlu menuding jari kepada pihak polis untuk melakukan penguatkuasaan. Kerana fakta yang berlaku, tangkapan dan rampasan dibuat oleh pihak polis menunjukkan peningkatan semasa ia di bawah pentadbiran Guan Eng.

“Statistik peningkatan tersebut bukan sahaja kerana keberkesanan penguatkuasaan dilakukan polis, tetapi sememangnya telah bercambah kegiatan judi di negeri ini.

“Walhal kerajaan negeri boleh mencegah dengan tidak membenarkan premis digunakan untuk kegiatan tersebut,” kata Iszuree, dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, Guan Eng juga perlu sedar diri dan beliau tidak mungkin dapat menutup kenyataan bahawa kerajaan negeri pernah berjanji untuk menangani kegiatan judi dalam mengekang masalah sosial yang semakin berleluasa di Pulau Pinang.

“Mengapakah pengakuan yang pernah dilafaz dulu kini sudah dilupakan? Apakah ertinya ini kalau bukan ia satu pembohongan, atau Guan Eng telah nyanyuk?

“Insya-Allah kami akan kemukakan dokumen pendedahan berkaitan sikit masa lagi,” katanya.


Demikianlah Artikel Guan Eng cuba cuci tangan kegiatan judi, kata PAS

Sekianlah artikel Guan Eng cuba cuci tangan kegiatan judi, kata PAS kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Guan Eng cuba cuci tangan kegiatan judi, kata PAS dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/guan-eng-cuba-cuci-tangan-kegiatan-judi.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :