link : Guna Cara ‘Reverse Psychology’, Ustazah Ini Kongsi Pendekatan Untuk Ubah Anak Lelaki 'Lembut’ Kembali Kepada Fitrah Kejadian
Guna Cara ‘Reverse Psychology’, Ustazah Ini Kongsi Pendekatan Untuk Ubah Anak Lelaki 'Lembut’ Kembali Kepada Fitrah Kejadian
Setiap anak yang hadir dalam hidup suami dan isteri, ia memberikan satu tanggungjawab dalam mencorakkan mereka untuk menjadi insan yang soleh dan solehah, serta mengenali jati diri mereka.
Namun begitu, mungkin ada ibu bapa di luar sana yang berdepan dengan tingkah laku, atau pembawaan diri anak lelaki yang ‘lembut’.
Bukan bermaksud mereka ini bermasalah, tetapi sebagai ibu bapa, mereka pasti mahukan yang terbaik untuk anak-anak agar tidak menjadi mangsa masalah sosial, lebih-lebih lagi gejala buli.
Bagi seorang guru, iaitu Ustazah Noraizah Abdul Hamid, yang mana sebagai seorang guru, apabila ada dalam kalangan pelajar yang ‘lembut’ karakternya, ia sedikit sebanyak membuatkan susah hati.
Oleh itu, menerusi pendekatan yang digunakan oleh Ustazah Noraizah, berdasarkan pengalamannya menangani kes pelajar ‘lembut’, beliau telah kongsikan beberapa pendekatan yang boleh dilakukan.
1. Bawa ke kem bina jati diri
2. Buat program lasak
3. Boikot pelajar lelaki lembut
Berpakat dengan semua guru-guru untuk boikot pelajar dengan krisis identity ini, dan ‘kutuk’ pasal lelaki lembut. Secara tidak langsung, mereka akan ‘tension’ dan akhirnya dating ke bilik kaunseling. Di sini pendekatan main Tarik tali digunakan.
4. Hargai pelajar
Berikan pelajar ini tanggungjawab yang sesuai. Berikan mereka tugasan seorang pelajar lelaki dan aktiviti lasak.
Sesi ini penting dalam beri kesedaran kepada pelajar akan tanggungjawab peribadi. Bantu mereka fahamkan fitrah kejadian sebagai lelaki. Pemikiran pelajar ini kena ‘twist’, dan ingatkan tentang keistimewaan lelaki.
6. Berikan kerja lelaki
Sikap ‘lembut’ pelajar perlu dikesan dari awal, guru kena peka dan cepat tangani. Jika Nampak mereka ini ‘lembut’ berikan kerja-kerja lelaki.
7. Luaskan pergaulan dengan lelaki tulen
8. Mak jangan beri anak lelaki ini kerja perempuan
Kemas rumah, memasak, dan sebagainya, jangan sesekali mak minta anak ini buat kerja perempuan, walaupun dalam rumah Cuma ada satu-satunya nak lelaki yang boleh harap, lagi-lagi bila anak itu ada ciri-ciri lembut.
Berilah mereka kerja panjat memanjat yang melibatkan cara orang lelaki.
Hasilnya
Pelajar lelaki ‘lembut’ yang menerima 8 pendekatan ini, kembali menjadi lelaki sejati dan ramai yang sudah berjaya, Alhamdulillah.
Ada yang menjadi guru, kaunselor, peguam dan sebagainya.
Sumber: Mingguan Wanita
- Siakap Keli
Demikianlah Artikel Guna Cara ‘Reverse Psychology’, Ustazah Ini Kongsi Pendekatan Untuk Ubah Anak Lelaki 'Lembut’ Kembali Kepada Fitrah Kejadian
Anda sekarang membaca artikel Guna Cara ‘Reverse Psychology’, Ustazah Ini Kongsi Pendekatan Untuk Ubah Anak Lelaki 'Lembut’ Kembali Kepada Fitrah Kejadian dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/guna-cara-reverse-psychology-ustazah.html