link : Guna Peralatan Sedut Diesel Ke Dalam Tangki Kereta Diubah Suai
Guna Peralatan Sedut Diesel Ke Dalam Tangki Kereta Diubah Suai
Sindiket menjual hasil bahan bakar yang dicuri pada harga antara RM400 hingga RM450 kepada seorang lelaki. (Gambar: everymanracing.co.uk)
Ketika rakyat negara ini resah pada setiap minggu melihat harga petrol dan diesel yang dijual di pasaran tempatan turun naik, ada pula segelintir pihak bersikap durjana mencuri diesel untuk tujuan meraih untung.
Satu geng dipercayai terbabit secara aktif dalam sindiket mencuri diesel sejak setahun lalu di sekitar Johor Bahru yang didalangi warga tempatan akhirnya tumpas selepas diberkas polis dalam beberapa serbuan secara berperingkat baru-baru ini.
SIAPA PEMBELI?
Difahamkan, sindiket itu akan menjual hasil bahan bakar yang dicuri pada harga antara RM400 hingga RM450 kepada seorang lelaki yang masih bebas dan kini menjadi buruan polis.
Bertindak atas maklumat mengenai kegiatan itu, pada Isnin lalu sepasukan pegawai dan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Utara pergi ke sebuah lokasi di Taman Dewan Jaya pada jam 11.30 malam sebelum menahan seorang suspek lelaki berusia 36 tahun.
Menurut Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Mohd Taib Ahmad, hasil siasatan polis kemudian mendapati suspek tersebut terlibat dalam beberapa kes curi minyak diesel dari tangki minyal lori yang diletakkan pemilik di kawasan sekitar Johor Bahru.
SUSPEK BERJAYA DI BERKAS
Tambahnya, hasil serbuan berasingan yang dilakukan polis kemudian turut menahan dua lelaki warga tempatan berusia 30 dan 34 tahun di sebuah bengkel kereta di kawasan Larkin, Johor Bahru.
"Kedua suspek dipercayai rakan sindiket yang sama dan hasil pemeriksaan polis turut menemui dua paket disyaki syabu dalam seluar kedua-dua suspek terbabit.
"Susulan penahanan kedua suspek terbabit, polis juga menemui peralatan menyedut minyak diesel beserta tangki simpanan minyak yang diletakkan dalam sebuah kereta yang telah diubahsuai," katanya dalam satu kenyataan.
Menurut Mohd Taib, ketiga-tiga suspek kini ditahan reman untuk siasatan selanjutnya dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri.
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel Guna Peralatan Sedut Diesel Ke Dalam Tangki Kereta Diubah Suai
Anda sekarang membaca artikel Guna Peralatan Sedut Diesel Ke Dalam Tangki Kereta Diubah Suai dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/guna-peralatan-sedut-diesel-ke-dalam_24.html