link : Guna Tepung Gandum, Petua Basuh Daging Untuk Elak Hamis, Mudah Sangat!
Guna Tepung Gandum, Petua Basuh Daging Untuk Elak Hamis, Mudah Sangat!
Musim raya, daging antara rencah yang paling selalu digunakan dalam masakan.Macam-macam menu boleh dibuat dengan daging,seperti rendang, kari, stew,daging bakar dan sebagainya.
Namun begitu, jika salah cara cucian daging tersebut, ia boleh menyebabkan daging kurang bersih dan berbau hamis.Sekaligus boleh mempengaruhi rasa masakan.
Sebenarnya, ada cara mudah untuk mak-mak mencuci daging sekaligus mengilangkan bau hamis pada daging tersebut iaitu hanya dengan menggunakan tepung gandum.Ikut langkah-langkah ni.
Bahan-Bahan:
Tepung Gandum
Asam Keping
Penapis
Besen
Cara Membuat:
1.Dah siap potong daging,letakkan dalam besen dan letakkan tepung gandum. Biasanya anggaran dalam 2kg daging bersamaan 1 senduk tepung.
2.Kemudian,masukkan air sampai penuh dan gaul-gaulkan ia. Kemudian, masukkan asam keping dalam 3-5 keping. Biarkan dalam 15-20 minit.
3.Sesudah itu, tuang semuanya dalam penapis. Bilas lagi dalam 2-3 kali.
4.Akhir sekali, dah siap bilas, toskan. Siap!
Selamat mencuba!
Info Ekstra
Selain daging, cuci ayam pun boleh menggunakan cara ini, bagi mengelakkan bau hanyir dan mudah menghilangkan lendir-lendir yang melekat pada ayam.
Sumber: Khairul Hakimin Muhammad
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel Guna Tepung Gandum, Petua Basuh Daging Untuk Elak Hamis, Mudah Sangat!
Anda sekarang membaca artikel Guna Tepung Gandum, Petua Basuh Daging Untuk Elak Hamis, Mudah Sangat! dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/guna-tepung-gandum-petua-basuh-daging.html