Halau bukan Islam: Tidak sepatutnya berlaku - Muhyiddin

Halau bukan Islam: Tidak sepatutnya berlaku - Muhyiddin - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Halau bukan Islam: Tidak sepatutnya berlaku - Muhyiddin, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Halau bukan Islam: Tidak sepatutnya berlaku - Muhyiddin
link : Halau bukan Islam: Tidak sepatutnya berlaku - Muhyiddin

Baca juga


Halau bukan Islam: Tidak sepatutnya berlaku - Muhyiddin

KUALA LUMPUR: Tindakan sekumpulan individu yang menghalau Ahli Parlimen Kluang, Liew Chin Tong dan pasukannya di bazar Ramadan di bandar Kluang, Johor pada Sabtu tidak sewajarnya berlaku.

Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tan Sri Muhyiddin Yassin yang kecewa dengan sikap itu berkata, walaupun pemimpin DAP itu bukan beragama Islam, beliau tidak sepatutnya diperlakukan begitu.

"Lebih-lebih lagi beliau adalah seorang Ahli Parlimen, yang mana menjadi tanggungjawab beliau untuk mendekati masyarakat di kawasannya, tanpa mengira kaum dan agama.

"Malah, setiap orang yang beragama Islam sepatutnya menampilkan akhlak Islam yang sebenar. Islam tidak mengajar umatnya bertindak kasar kepada sesiapapun," katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Menerusi video yang kini tular di media sosial, kelihatan beberapa individu bertindak menghalau dan memarahi Liew dan kumpulannya yang sedang mengedarkan buah kurma kepada umat Islam di bazar Ramadan tersebut.

Menzahirkan kesalannya, Liew dalam kenyataan di Facebooknya pagi ini berkata, kejadian itu berlaku sebelum jam 7 petang semasa beliau dan kakitangannya berada di bahagian barang kering bazar itu. 

Pengerusi DAP negeri itu berkata, beliau bersama Adun Mengkibol, Tan Hong Pin serta Ketua Bahagian PPBM Kluang, Radzali Mohd Noor serta beberapa wakil parti Pakatan Harapan memasuki kawasan bazar itu yang terletak di Jalan Manggis.

Menurutnya, ia sebagai menjayakan satu program iaitu mengedarkan kurma percuma kepada masyarakat Kluang bagi pihak Pakatan Harapan bersempena kedatangan bulan Ramadan.

Bagaimanapun, Liew berkata, edaran kurma di bahagian gerai yang menjual makanan dan kuih-muih berjalan dalam keadaan rukun, muhibah serta penuh semangat silaturahim.

Jelas Muhyiddin, Islam menuntut umatnya supaya bersikap rahmah atau mengasihi sesiapa sahaja, terutama di kalangan rakyat Malaysia, yang berbilang kaum dan agama.

"Penting untuk kita memupuk semangat perpaduan dan saling hormat menghormati antara sesama insan walaupun berbeza kaum, agama dan fahaman politik.

"Menghormati sesama manusia adalah tuntutan Islam yang utama dan sebagai umat Islam, sewajarnyalah kita mengamalkan ajaran Islam yang sebenar," katanya.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Halau bukan Islam: Tidak sepatutnya berlaku - Muhyiddin

Sekianlah artikel Halau bukan Islam: Tidak sepatutnya berlaku - Muhyiddin kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Halau bukan Islam: Tidak sepatutnya berlaku - Muhyiddin dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/halau-bukan-islam-tidak-sepatutnya.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :