link : Hamilton Ungguli GP Kanada
Hamilton Ungguli GP Kanada
MONTREAL: Lewis Hamilton membuktikan keserasiannya dengan Grand Prix (GP) Kanada apabila memenangi perlumbaan buat kali keenam dan merapatkan jurang dengan pendahulu kejuaraan Formula Satu (F1), Sebastian Vettel kepada 12 mata.
Selepas menyaksikan Ferrari mengungguli tempat pertama dan kedua di Monaco dua minggu lalu, Mercedes bangkit dengan pemanduan cemerlang Hamilton yang menjelmakan kemenangan ke-56 kariernya, 19.7 saat di depan rakan sepasukan Valterri Bottas.
Ia adalah kemenangan ketiga Hamilton musim ini dan ketiga berturut-turut di Litar Gilles Villeneuve.
"Saya mendapat petak utama pertama di sini, kemenangan sulung di sini 10 tahun lalu dan mengulanginya minggu ini sesuatu yang cukup istimewa," kata Hamilton.
"Saya perlu mengucapkan terima kasih kepada pasukan kerana menjadikan ia realiti. Mereka di kilang bekerja keras untuk memperbaiki kelemahan di perlumbaan sebelumnya, membawanya ke sini dan menyaingi Ferrari. Saya amat gembira."
Pemandu British itu sepatutnya mampu merapatkan lagi jurang mata dengan Vettel tetapi pemandu Jerman itu bangkit menamatkan perlumbaan di tempat keempat selepas mengalami kerosakan sayap depan kereta yang membuatkan dia tercicir ke kelompok belakang.
Pemandu Red Bull Daniel Ricciardo dari Australia di tempat ketiga, untuk tiga perlumbaan berturut-turut berada di tangga terakhir podium. - REUTERS
malaysiaway.blogspot.com
Demikianlah Artikel Hamilton Ungguli GP Kanada
Sekianlah artikel Hamilton Ungguli GP Kanada kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Hamilton Ungguli GP Kanada dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/hamilton-ungguli-gp-kanada.html