link : Harumanis Tak Laku, Penanam Baharu Tak Tahu Nak Pasar Buah
Harumanis Tak Laku, Penanam Baharu Tak Tahu Nak Pasar Buah
KANGAR – Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man berkata isu mempelam harumanis yang diuar-uarkan tidak laku dalam bulan puasa ini tidaklah serius kerana ia lebih melibatkan penanam baharu.
“Bagi penanam lama, ia tidak ada masalah sangat kerana mereka telah mempunyai rangkaian pemasaran dan pelanggan tetap,” katanya kepada pemberita.
Sehubungan itu beliau menyaran penanam baharu harumanis agar menubuhkan persatuan bagi memperkemas rangkaian pemasaran hasil tanaman mereka.
Beliau berkata harga harumanis tidak jatuh teruk seperti yang dimainkan oleh media sosial kerana harganya masih bertahan pada RM25 hingga RM30 sekilogram.
“Masalahnya sekarang ialah penanam baharu yang tidak tahu bagaimana hendak memasarkan hasil tuaian mereka. Oleh sebab ini adalah elok ditubuhkan sebuah persatuan untuk menyelaras dan membantu memasarkan produk mereka,” kata Azlan. – BERNAMA
Loading...
Demikianlah Artikel Harumanis Tak Laku, Penanam Baharu Tak Tahu Nak Pasar Buah
Anda sekarang membaca artikel Harumanis Tak Laku, Penanam Baharu Tak Tahu Nak Pasar Buah dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/harumanis-tak-laku-penanam-baharu-tak.html