link : Hasrat akhir tertunai
Hasrat akhir tertunai
Sandakan: Hajat seorang wanita berasal dari Sandakan, Sabah, dekat sini, mahu menemui ahli keluarganya yang terpisah lebih 30 tahun tercapai beberapa jam sebelum menghembuskan nafas terakhir di Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan di Pahang, jam 9.44 malam, kelmarin.
Arwah Nafsah Dalamansah, 55, meninggal dunia disebabkan sakit tiroid.
Terdahulu, sejak awal minggu lalu, anak perempuan wanita itu, Marni Hasanuddin, 24, seorang suri rumah berusaha mengesan ahli keluarga ibunya.
Katanya, selepas memuat naik status bergambar bagi mencari ahli keluarga ibunya menerusi media sosial awal minggu lalu, akhirnya malam kelmarin seorang bapa saudara iaitu adik kepada ibu menghubunginya.
“Saya mahu tunaikan hajat ibu untuk mencari dan menemui ahli keluarganya yang lama terpisah di Sandakan, Sabah. Alhamdulillah semalam (kelmarin) bapa saudara yang menetap di Kuala Lumpur datang ke hospital ini di Kuantan.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel Hasrat akhir tertunai
Anda sekarang membaca artikel Hasrat akhir tertunai dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/hasrat-akhir-tertunai.html