link : Heboh Di Laman Sosial Dua Kanak-Kanak Perempuan Diculik Dan Meminta Netizen Tularkan
Heboh Di Laman Sosial Dua Kanak-Kanak Perempuan Diculik Dan Meminta Netizen Tularkan
KUALA LUMPUR - Tular di media sosial sejak semalam mengenai dua kanak-kanak perempuan telah diculik dan dilarikan oleh seorang wanita yang dipercayai warga Thailand.
Melalui satu perkongsian pengguna Facebook Melur Putih, wanita terbabit dikatakan bernama Siti Balqis Sutisa Abdullah dan nama asal wanita itu adalah Sutisa Polahong daripada Thailand telah menculik dua kanak-kanak perempuan pada jam 6 petang semalam.
Dua kanak-kanak perempuan yang diculik itu dipercayai adik beradik masing-masing berusia 3 tahun dan satu tahun iaitu Siti Nurlana Binti Md Ahzim dan Siti Nur Hana Binti Md Ahzim yang dikatakan kedua-duanya anak buah kepada seorang Leftenan Kolonel Azman Bin Muhammad yang sedang berkhidmat sebagai Pegawai Memerintah di ALK, Kem Sungai Besi.
Gambar suspek terpaksa dikaburkan kerana belum ada kesahihan dan pengesahan daripada pihak berkuasa walaupun perkongsian berkenaan menyatakan telah pun melaporkan kes ini kepada pihak polis di Balai Polis Melaka.
Menerusi perkongsian itu juga turut meminta netizen agar menularkan gambar kedua kanak-kanak berkenaan dan juga gambar suspek bagi mengesan kedudukan mereka yang dikatakan akan melalui sempadan Thailand dan pada ketika ini sedang berada di Pulau Pinang.
Rata-rata netizen turut berpendapat kejadian ini adalah benar bukannya satu berita palsu memandangkan nombor telefon seseorang yang berkait dengan kes ini turut disertakan. - Koleksi Viral
Demikianlah Artikel Heboh Di Laman Sosial Dua Kanak-Kanak Perempuan Diculik Dan Meminta Netizen Tularkan
Anda sekarang membaca artikel Heboh Di Laman Sosial Dua Kanak-Kanak Perempuan Diculik Dan Meminta Netizen Tularkan dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/heboh-di-laman-sosial-dua-kanak-kanak.html