link : Hidup Berkahwin
Hidup Berkahwin
Salam Ramadhan para pembaca sekalian.
Haritu aku ada terbaca sorang abam post tentang nasihat dalam perkahwinan. Aku dok scroll cari post tu balik dah tak jumpa jumpa pulak. Mungkin post tu post lama kot tapi baru lalu kat wall aku haha.
Well, apa abam tu cakap memang tepat!! susah nak paham orang perempuan ni. kadang aku perasan yang aku pon perangai tak semenggah tapi aku pon tak paham kenapa aku cam tu. heh heh heh. Tapi yang aku nak cerita ni ialah kadang bukan perempuan je perangai pelik, lelaki pun sama okay. dan aku tak dapat detect pon benda ni masa sebelum aku kahwin ngan husband aku!
Husband aku ngan aku dah macam terbalik kadang2. Pertama sekali, aku jenis perempuan tengok bola, EPL, Bundesliga, World Cup suma aku tengok lah. Tapi husband aku? Dia tak layan bola wehhh. Ada time sebelum kahwin dulu, dia teman aku kat McD tengok bola. Dia tido!! Sabar je lah aku. Pastu dia buat2 macam excited bila nak goal padahal dia tak minat pun. Tension je rasa tau.
Kedua, aku rasa husband aku lagi manja dari aku sampai rimas kengkadang tu tau. Bukan apa, dia asyik nak tido bawah ketiak. kengkadang tu menyondol ke kawasan tempat tido aku sampai aku nak terjatuh katil kot. facepalm. Husband aku tak lembut pun, walaupun dia anak last (dari 8 beradik) dia ni macam gengster je kat luar. cakap macam nak bergaduh, bahasa kasar, so aku memang tak expect dia macam tu sebelum kahwin. Like langsung tak expect okay. hahaha.
Yang ketiga nya, selalu mak2 yang minat beli Tupperware kan? Sampai tak cukup almari dapur, simpan pulak Tupperware tu kat bilik tido. haha. Guess what? Yea, husband aku peminat Tupperware. Bukan je Tupperware la, tipuware, apa2 jenis container ni dia memang suka. Setiap kali pergi MR DIY ke, Tesco ke, lalu je kat bahagian food container, dia tanya aku nak beli tak? Aku kata tak payah/ tak perlu pon dia akan ambik jugak. Penuh la shelve kat dapur tu dengan plastic container. Haishh. Lagi best bila mak aku lebih suka berjalan dengan husband berbanding aku sebab dia rajin melayan mak aku beli barang2 rumah ni. facepalm.
Lagi, aku minat lagu heavy rock, metal, tapi suami aku? semua lagu2 jiwang. dia minat lagu2 macam lagu anuar zain, suka layan Lite FM- which is totally opposite dengan aku. kahkahkah. bila aku nak dengar lagu aku kat dalam kereta, mula la dia nak serabut la, pening kepala la apa la. last last aku pun layan lagu jiwang. sampai mak aku pun terkejut dengan perubahan aku minat lagu slow2 nih. siap package kena perli la, ai kak, dah insaf ke? facepalm.
Disebabkan aku tau dia anak manja mak dia, dia tak pernah buat kerja rumah pun! rumah mak sapu, baju mak basuh, baju mak lipat, masak (obviously) mak yang masak dan lain lain. dalam keluarga husband aku ni, lelaki memang tak buat kerja rumah la senang cerita. diorang more to the technical stuff macam repair kereta, (fyi, husband aku service kereta dia sendiri tau, cuma beli barang je), repair wiring, baiki toilet kalau tersumbat etc. jadi bila kahwin mula2 dia tak reti buat kerja rumah tu. bukan la tak reti kan, cuma tak ada common sense dan mind set dia perempuan kena buat kerja tu semua. lepas series of explanation yang aku pun penat bekerja-takkan kerja rumah isteri tanggung sorang jugak- husband aku finally geddit dan share household responsibilities sama2.
Basically point aku is, before kahwin, kau kawan la bertahun2 dengan pasangan kau pon, it wont be the same as lepas kahwin. you will never know until you find out yourself! Sometimes ada yang bajet baik je before kahwin, lepas kahwin jadi hantu. Nauzubillah lah spesis2 ni.. Cuma aku nak ingatkan yang setiap orang ada perangai pelik masing2. Appreciatelah your partner yang bertahun2 sabar, boleh tolerate dan terima segala kekurangan/perangai pelik kita ni. hihihi. Walaupun kengkadang tu rasa macam kita ni totally opposite ngan pasangan, Allah knows best!
Walaupun kadang2 aku tension dengan perangai2 pelik husband aku, tapi alhamdulillah aku bahagia ada dia, kami pun dah ada anak sorang dah sekarang. hehehe. setiap kali aku tension dengan perangai dia, aku ingatkan diri aku, dia pun mesti ada tension dengan perangai pelik aku kan, so sabar je lah and enjoy the moment. Bak kata orang putih, when life throws lemon at you, make a lemonade! (jangan telan air liur lak puasa2 ni hehe)
In marriage you have to give and take, sabar, doa banyak2! selamat menempuh alam perkahwinan buat yang baru berkahwin, dan yang dah lama berkahwin juga (theres always something new about your partner that you will learn) selamat berpuasa dan Ramadhan Mubarak!
Liyana
Sumber & Kredit: iiumc
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel Hidup Berkahwin
Anda sekarang membaca artikel Hidup Berkahwin dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/hidup-berkahwin.html