link : Hijabista Terkenal, Shea Rasol Meninggal Dunia
Hijabista Terkenal, Shea Rasol Meninggal Dunia
SEBUT sahaja nama Shea Rasol, mungkin ada sesetengah netizen yang tidak begitu mengenalinya.
Namun, bagi peminat fesyen Muslimah, gadis ini merupakan idola terkenal yang sentiasa memberi inspirasi kepada wanita-wanita berhijab yang lain.
Bagaimanapun, semalam media sosial tanah air menerima khabar sedih apabila Shea, 29, dilaporkan telah meninggal dunia, pada petang Jumaat, akibat kanser.
Difahamkan, Shea yang merupakan penulis blog dan pengacara program SIS baharu sahaja mengetahui penyakit yang dialami.
Jenazah Allahyarhamah telah disembahyangkan di Masjid Al-Mustaqim, Bandar Seri Putra, Kajang, Selangor kira-kira jam pukul 9 pagi Sabtu, dan akan dikebumikan di tanah perkuburan berdekatan.
Berita pemergian Allahyarhamah turut ditangisi ramai rakannya yang merupakan selebriti dan instafamous terkenal termasuk Heliza Helmi, Yuna, Farah Lee, Dena Bahrin, Irine Nadia, Zafirah, Dian Pelangi dan ramai lagi.
Mereka turut mengucapkan takziah menerusi posting laman Instagram masing-masing sehingga berita tersebut menjadi tular dalam kalangan netizen tempatan.
Semoga Allahyarhamah atau nama sebenarnya, Farah Syahirah Rasol ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. Al-Fatihah. – MYNEWSHUB.CC
Loading...
Demikianlah Artikel Hijabista Terkenal, Shea Rasol Meninggal Dunia
Anda sekarang membaca artikel Hijabista Terkenal, Shea Rasol Meninggal Dunia dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/hijabista-terkenal-shea-rasol-meninggal.html