Hishammuddin Luang Masa Lawat Anggota IMT M

Hishammuddin Luang Masa Lawat Anggota IMT M - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Hishammuddin Luang Masa Lawat Anggota IMT M, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Hishammuddin Luang Masa Lawat Anggota IMT M
link : Hishammuddin Luang Masa Lawat Anggota IMT M

Baca juga


Hishammuddin Luang Masa Lawat Anggota IMT M

COTABATO CITY – Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hari ini meluangkan masa melawat Pasukan Pemantau Antarabangsa Mindanao (IMT M) yang diketuai Malaysia di sini sempena lawatannya ke selatan Filipina.

Hishammuddin yang diiringi Panglima Angkatan Tentera Malaysia Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor, Panglima Tentera Darat Datuk Seri Zulkiple Kassim dan Ketua Pengarah Perisikan Keselamatan Datuk Abdul Hadi Hussin disambut Komander IMT M Datuk Masrani Paiman.

“Jangan sesekali berputus asa, lebih-lebih lagi dalam dunia yang semakin kompleks,” nasihat Hishammuddin ketika berucap dalam lawatan itu di Ibu Pejabat IMT M di sini.

IMT ditubuhkan pada tahun 2004 bertujuan membantu proses damai di Mindanao dengan memastikan syarat-syarat gencatan senjata antara kerajaan Filipina dan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) dipatuhi kedua-dua belah pihak.

IMT M yang mempunyai kekuatan 37 anggota dan terbahagi kepada tiga komponen utama turut disertai negara Brunei Darussalam, Indonesia, Jepun dan Kesatuan Eropah (Jerman).

Sejak penubuhannya ia telah banyak menyumbang kepada kestabilan dan kesejahteraan Mindanao yang jauh lebih baik berbanding sebelum IMT M diwujudkan.

Pada majlis berkenaan Hishammuddin turut mengagihkan beg-beg raya kepada anggota IMT M sebagai tanda ingatan kerajaan Malaysia kepada anggota IMT M yang bertugas pada Hari Raya yang bakal menjelang. – BERNAMA

Loading...

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Hishammuddin Luang Masa Lawat Anggota IMT M

Sekianlah artikel Hishammuddin Luang Masa Lawat Anggota IMT M kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Hishammuddin Luang Masa Lawat Anggota IMT M dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/hishammuddin-luang-masa-lawat-anggota.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :