IBRAH KEMATIAN YANG MEMBERI KESAN: ADIK SYAHID & SHEA RASOL

IBRAH KEMATIAN YANG MEMBERI KESAN: ADIK SYAHID & SHEA RASOL - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul IBRAH KEMATIAN YANG MEMBERI KESAN: ADIK SYAHID & SHEA RASOL, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : IBRAH KEMATIAN YANG MEMBERI KESAN: ADIK SYAHID & SHEA RASOL
link : IBRAH KEMATIAN YANG MEMBERI KESAN: ADIK SYAHID & SHEA RASOL

Baca juga


IBRAH KEMATIAN YANG MEMBERI KESAN: ADIK SYAHID & SHEA RASOL

loading…
loading…
IBRAH KEMATIAN YANG MEMBERI KESAN:
ADIK SYAHID & SHEA RASOL

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Ramadhan Kareem. Banyak kematian di bulan mulia tahun ni. Adakah setiap kematian memberi kesan & peringatan kepada kita? Adakah kita berfikir? Saya tidak pasti kenapa, tapi saya terpanggil untuk menulis tentang pemergian Almarhum Adik Syahid & Almarhumah Shea Rasol. Allahummagfirlahuma warhamhuma wa ‘afihima wa’fu Anhuma.
Saya yakin ramai yang terkesan dengan kematian mereka juga. Sekadar menulis untuk berkongsi rasa & pengajaran yang boleh kita fikirkan & muhasabah— tentang diri kita, tentang siapa kita, tentang tujuan kita di muka bumi Allah , tentang bagaimana agaknya pengakhiran kita;husnul khotimah (akhir yang baik) atau su’ul khotimah (akhir yang buruk). Bacaan ini agak panjang. Semoga ada manfaatnya.
ADIK SYAHID BAZLI
Bintang syurga. Gelaran yang sangat istimewa kerana anak kecil ini sememangnya istimewa & luar biasa. Ibu ayahnya juga istimewa & luar biasa. Sangat terkesan dengan cara didikan mereka buat adik Syahid yang boleh membaca &menghafal surah-surah pendek walaupun ketika sakit terlantar di hospital. 
Kanser bukanlah penyakit biasa-biasa. Sebagai seorang ibu, melihat anak demam pun saya tak tahan & rasa kesian─ bagaimana pula perasaan ibu ayah anak-anak kecil yang diuji dengan sakit yang kronik? Kuatnya mereka. Tabahnya mereka. Tapi seperti janji Allah─ Allah akan uji hanya dalam batasan kemampuan kita. Pasti ada rahsia dalam setiap ujianNya.
Saya belajar melihat sabar & redha seorang ayah & seorang ibu pada saat perginya adik Syahid. Ibunya yang masih boleh tersenyum ketika mendukung jenazah anaknya. Ayahnya yang kuat hatinya ketika memasukkan anak ke dalam liang lahad & menatap wajah anaknya buat kali yang terakhir. Sungguh Allah duga sebegini sebab mereka berjiwa besi. Ramai yang boleh ucapkan sabar & redha, ramai yang boleh bersabar & redha beberapa hari selepas diuji; tapi berapa ramai yang boleh sabar & redha pada saat & ketika diuji?
Apabila diberi ujian, ditimpa musibah; selalunya iman kita mudah tergelincir, emosi tak stabil, hati susah berbaik sangka. Sedangkan dalam setiap ujian, Allah mahu kita belajar & faham setiap yg berlaku adalah atas izin Allah. Allah duga sebenarnya untuk lihat adakah kita masih boleh berbaik sangka denganNya & sejauh mana hati kita percaya yang apa saja yang Allah timpakan pada kita adalah yang terbaik untuk kita? Semoga kita belajar dari adik Syahid & ibu bapanya yang terpilih.
SHEA RASOL
Tidak mengenali Almarhumah secara peribadi; tapi pemergiannya sangat memberi kesan kepada orang di sekelilingnya, keluarganya, sahabat-sahabatnya, malah ramai dari kita juga. 
Walaupun Almarhumah sangat dikenali semasa hayatnya, rata-rata ramai yang lebih mengenali beliau selepas kematiannya berbanding saat hidupnya. Perginya pada hari mulia hari Jumaat, di bulan paling mulia bulan Ramadhan; setelah bertarung dengan sakit berbulan-bulan. 
Lihatlah betapa banyak dosanya yang gugur sebelum pulang kepada Penciptanya? Betapa besarnya nilai hadiah Allah buat beliau? SubhanAllah.
Apa yang dikongsi oleh rakan-rakannya kebanyakannya mengatakan─ “she’s selfless“, “she’s adorable”, “she is a beautiful soul”, “she has a good heart”, “she’s kind”, “tak pernah menyakiti hati orang”, “sentiasa senyum”, “baik budi pekerti” dan sangat banyak yang baik-baik saja. Kematian beliau membuatkan saya muhasabah & berfikir, “She is loved. She must be special in the ‘eyes’ of Allah. How about me? Am I special enough to Him? Adakah orang di sekeliling rasa senang dengan aku?”. Pernahkah kita bertanya soalan ini kepada diri kita?
Betapa pentingnya akhlaq & budi pekerti kita sebagai orang Islam yang ingin bergelar mukmin & mukminah. Sebab itu Rasulullah saw diutus bukan saja untuk berdakwah tentang tauhid kepada Allah SWT; tapi juga untuk menyempurnakan & memperbaiki akhlaq umat manusia. Tapi lihatlah bagaimana akhlaq kita harini? Di alam realiti & di sosial media.
Jari kita lebih pantas dari nafas. Islamnya kita bukan sekadar pada amalan kita, pada ibadah kita, pada pakaian kita. Islam itu juga pada akhlaq & budi pekerti kita. Ramai boleh jaga solat; tapi tak ramai boleh jaga akhlaq. Ramai yang boleh jaga puasa; tapi tak ramai yang boleh jaga budi bahasa. Ramai yang boleh jaga pakaian & aurat; tapi tak ramai yang boleh tahan diri dari berkata kesat.
Kita manusia─ terlalu pantas menilai orang lain dari segi luaran, sedangkan dalaman & hati kita penuh tompok hitam. Kita terlalu mengharapkan kesempurnaan ada pada orang lain, sedangkan diri sendiri compang camping. Kita selalu merasakan diri kita terlalu baik, sedangkan kita tidak pasti adakah mati kita nanti akhirnya baik. Cemburulah pada mereka yang pergi dalam keadaan baik. Ambillah iktibar supaya kita berfikir. Jangan berhenti muhasabah. Jangan berhenti berhijrah. Jangan berhenti mencari Allah. Jangan berhenti untuk menjadi lebih baik dari diri kita yang semalam.
Semoga hadirnya kita memberi kesan, perginya kita dirindu-rindukan. Semoga semasa hayat kita disenangi, semasa mati kita ditangisi. Semoga bila adanya kita tidak dianggap beban, bila tiadanya kita jiwa mereka terasa hilang. Semoga hidup kita banyak bersusah payah untuk agama supaya mati kita indah & sempurna. Tak mengapa kalau kita dilihat biasa-biasa di mata manusia asalkan kita dapat meraih syurga yang penuh dengan nikmat-nikmat luar biasa.
Syurga itu mahal. Rahmat Allah tu luas. Kita tidak tahu siapa sebenarnya antara kita yang istimewa & akan dikurnia rahmat dariNya. Tidak ada siapa di dunia ni yang pegang kunci pintu syurga. Jadi, serahkan urusan menilai itu kepada pemilk syurga─ Allah. Sabarlah, redha & berlapang dada bila diuji & diduga supaya kita memperoleh pahala bersabar & sesuatu yang istimewa. Jika bukan di dunia, mungkin di sana. Janji Allah itu pasti.
Tulisan ini hanyalah sekadar peringatan buat diri sendiri yang penuh khilaf dan buat mereka yang ingin berfikir. Ilham dari Allah, digerakkan hati saya untuk dikongsi di sini─ pasti ada sebabnya. Sesungguhnya, kubur itu tempat paling paling gelap & paling sunyi─ bersediakah kita? Suatu hari, kita juga akan pergi. Bila, di mana, bagaimana— Allah saja Maha Tahu.
Allah, tuntunlah kami ke jalan pulang; dan janganlah Kau palingkan setelah Kau tunjukkan.
Maafkan saya.
Doakan saya.
– EF
*Tulisan ini saya sudah kongsikan di IIUM Confessions page, dengan harapan mesej ini sampai kepada lebih ramai hati-hati di luar sana. Moga jadi saham akhirat saya.
– Nur Nabilah Najat –
Jangan Lupa Like Page Ini Untuk Mendapatkan Segala Berita Yang Paling Terkini!!

The post IBRAH KEMATIAN YANG MEMBERI KESAN: ADIK SYAHID & SHEA RASOL appeared first on Berita Viral.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel IBRAH KEMATIAN YANG MEMBERI KESAN: ADIK SYAHID & SHEA RASOL

Sekianlah artikel IBRAH KEMATIAN YANG MEMBERI KESAN: ADIK SYAHID & SHEA RASOL kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel IBRAH KEMATIAN YANG MEMBERI KESAN: ADIK SYAHID & SHEA RASOL dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/ibrah-kematian-yang-memberi-kesan-adik.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :