link : Ibu Kanak-kanak Tiga Tahun Yang Dipaksa Hisap Dadah Ditahan, Teman Lelaki Diburu.
Ibu Kanak-kanak Tiga Tahun Yang Dipaksa Hisap Dadah Ditahan, Teman Lelaki Diburu.
pihak polis telah menahan seorang wanita iaitu ibu kanak-kanak berkenaan yang sarat mengandung lapan bulan bagi membantu siasatan
Laporan yang dipetik dari Berita Harian, pihak polis telah menahan seorang wanita iaitu ibu kanak-kanak berkenaan yang sarat mengandung lapan bulan bagi membantu siasatan berhubung video seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun kononnya diberikan dadah yang viral di laman sosial.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Senior Asisten Komisioner Mior Farid Al Athrash Wahid, berkata wanita berusia 27 tahun itu telah ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda, jam 1.30 pagi tadi.
Katanya, pihaknya sudah mengambil kenyataan wanita berasal dari Taman Gurun Jaya, dekat sini, yang mengaku mengaku berbuat demikian untuk menyakitkan hati bekas suaminya.
“Dia juga menyatakan bahawa paip yang diberikan kepada anaknya adalah kosong dan tidak mengandungi sebarang dadah.
“Wanita terbabit yang mempunyai dua rekod jenayah iaitu dadah serta memiliki senjata berbahaya dan anaknya kemudian dibawa ke hospital untuk diambil sampel darah dan ujian air kencing mereka adalah negatif,” katanya dalam satu kenyataan di sini.
Mior Farid berkata, wanita terbabit tidak direman berikutan sedang sarat mengandung manakala anaknya ditahan di wad kanak-kanak untuk pemeriksaan lanjut.
“Kita sudah menghubungi Jabatan Kebajikan Masyarakat daerah Kuala Muda untuk tindakan serahan mangsa dan kes disiasat mengikut Seksyen 3(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.
“Selain itu, seorang lagi suspek iaitu teman lelaki kepada wanita terbabit turut diburu bagi membantu siasatan ini,” katanya.
Sebelum ini, seorang nenek dari Havard Estate Bahagian 2, Gurun, terkejut apabila melihat tujuh video memaparkan cucu lelakinya berusia tiga tahun dipercayai diberi dadah oleh teman lelaki bekas menantunya, kelmarin.
Wanita berusia 53 tahun itu melihat rakaman video itu jam 3 petang, kelmarin, selepas ditunjukkan oleh seorang lagi cucunya. – BH Online
Demikianlah Artikel Ibu Kanak-kanak Tiga Tahun Yang Dipaksa Hisap Dadah Ditahan, Teman Lelaki Diburu.
Sekianlah artikel Ibu Kanak-kanak Tiga Tahun Yang Dipaksa Hisap Dadah Ditahan, Teman Lelaki Diburu. kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Ibu Kanak-kanak Tiga Tahun Yang Dipaksa Hisap Dadah Ditahan, Teman Lelaki Diburu. dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/ibu-kanak-kanak-tiga-tahun-yang-dipaksa.html