Ibu Kongsi Pengalaman Menakutkan Diekori Wanita Tua Cuba Mengambil Bayinya di Hospital Putrajaya

Ibu Kongsi Pengalaman Menakutkan Diekori Wanita Tua Cuba Mengambil Bayinya di Hospital Putrajaya - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Ibu Kongsi Pengalaman Menakutkan Diekori Wanita Tua Cuba Mengambil Bayinya di Hospital Putrajaya, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Ibu Kongsi Pengalaman Menakutkan Diekori Wanita Tua Cuba Mengambil Bayinya di Hospital Putrajaya
link : Ibu Kongsi Pengalaman Menakutkan Diekori Wanita Tua Cuba Mengambil Bayinya di Hospital Putrajaya

Baca juga


Ibu Kongsi Pengalaman Menakutkan Diekori Wanita Tua Cuba Mengambil Bayinya di Hospital Putrajaya

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:

Benar la kata orang, makin lama makin tak selamat dunia ni.



Baru-baru ini, seorang netizen berkongsi tentang insiden menakutkan yang berlaku kepada kakak ipar dan anak buahnya. Wanita itu turut memberi peringatan kepada semua ibu  bapa di luar sana.

Menurut World of Buzz, kakak ipar wanita itu membawa bayi perempuannya yang baru berusia beberapa bulan ke Hospital Putrajaya untuk check-up. Namun, ketika di sana dia telah berdepan dengan seorang warga emas Cina yang kelihatan mencurigakan dan merenung ke arah mereka dengan penuh rasa minat.

Gambar hiasan

Kakak iparnya berkata,

“Saya berasa sangat tidak selesa dengan renungannya jadi saya bangun dari tempat duduk dan pergi ke tandas sambil mendukung anak perempuan saya. Tetapi wanita tua itu kemudian mula mengekori kami ke tandas dan cuba memulakan perbualan dengan saya dengan berkata, “Sangat tidak selesa untuk awak ke tandas sambil mendukung anak perempuan awak. Apa kata biar saya tolong dukungkan?” Mestilah saya cakap tidak.”

Sumber: World of Buzz

“Ketika menuju ke tandas, saya tiba-tiba pening dan kaki saya mula terasa lemah. Dalam keadaan panik, saya berlari ke bilik penyusuan dan memberitahu ibu-ibu lain di dalam itu untuk mengunci pintu kerana seseorang sedang mengekori saya. Selepas berehat seketika, saya sudah tenang dan tidak pening lagi jadi saya menuju ke bilik doktor untuk check-up. Sebelum meninggalkan hospital, saya pergi ke kedai runcit untuk membeli minuman di dalam botol kaca, mana tahu saya perlu menggunakannya sebagai senjata.”



Rupa-rupanya, kejadian dilalui pada awal tadi tidak berakhir di situ. Wanita tua itu terjumpa mereka dan masih menganggu dengan cuba mengekori ke kereta dan memberikan alasan untuk cuba mengambil anaknya. Lebih dahsyat lagi, dia berpura-pura menjadi nenek kepada bayi itu dan menuduh wanita tersebut tidak mengizinkannya berjumpa dengan cucu.

Gambar hiasan

Berang dengan apa yang berlaku, dia membalas dengan berkata, “Saya bukan anak awak! Awak sudah tua seperti nenek saya. Jangan dekati kami atau saya tidak akan teragak-agak untuk mempertahankan diri.”

Wanita tua itu tidak mengendahkannya dan terus berkata, “Awak bukan anak yang patuh. Awak akan dipanah petir!”. Selepas itu, dia mencuba untuk menarik bayi tersebut daripada dakapan ibunya tetapi wanita tersebut melawan dan tidak melepaskan anaknya itu. Of course lah!

Dia kemudian mengeluarkan botol kaca yang dibeli dan memukul wanita tua itu. Selepas dipukul, darah mula menitik dan wanita tua tersebut kemudian terus melarikan diri.

Takut membayangkan betapa bahayanya dunia zaman sekarang. Nak ke mana mana pun rasa tak aman dah..



Kepada semua ibu bapa di luar sana, sentiasa berwaspada dan peka dengan keadaan sekeliling bila keluar bersama anak-anak.

Baca: Wanita Kongsi Cerita Tindakan yang Diambil Ketika Lalui Pengalaman Menakutkan Menaiki Uber

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Ibu Kongsi Pengalaman Menakutkan Diekori Wanita Tua Cuba Mengambil Bayinya di Hospital Putrajaya

Sekianlah artikel Ibu Kongsi Pengalaman Menakutkan Diekori Wanita Tua Cuba Mengambil Bayinya di Hospital Putrajaya kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Ibu Kongsi Pengalaman Menakutkan Diekori Wanita Tua Cuba Mengambil Bayinya di Hospital Putrajaya dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/ibu-kongsi-pengalaman-menakutkan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :