link : Ibu monyet menjadikan anak anjing terbiar sebagai ‘anak angkat’ dan menyayanginya dengan sepenuh hati!
Ibu monyet menjadikan anak anjing terbiar sebagai ‘anak angkat’ dan menyayanginya dengan sepenuh hati!
Share this on WhatsApp
Kisah haiwan berlainan spesies yang sentiasa menjaga satu sama lain seringkali mendapat perhatian masyarakat. Walaupun berbeza spesies, haiwan yang tiada akal ini juga mempunyai sifat perikemanusiaan yang tinggi berbanding sesetengah manusia.
Misalnya kisah mengenai anak anjing terbiar yang dijaga oleh seekor monyet sekali gus mengambil peranan sebagai ibu serta pelindung kepada anak anjing tersebut.
Gelagat pasangan yang kelihatan seperti anak-beranak ini membuatkan orang ramai di India kagum.
Mereka juga tersentuh melihat bagaimana ibu monyet ini sanggup menjaga anak anjing seperti anaknya sendiri dengan memastikan anaknya dapat makan dahulu sebelum dirinya sendiri. Monyet yang begitu baik hati, tidak mementingkan diri sendiri dan penyayang.
Lihat sendiri bagaimana dia mengendong anak anjing tersebut. Terpancar kasih sayang pada kedua-duanya
Ibu monyet ini juga akan membawa anaknya ke mana sahaja dia pergi
Dia juga akan memastikan anak angkatnya bebas kutu
Kasih sayang antara mereka berdua memberikan keterujaan kepada masyarakat di India untuk melihatnya
Ibu monyet ini juga akan melakukan apa sahaja bagi melindungi anaknya daripada anjing-anjing lain yang ingin mengganggu anak kecilnya itu.
Melindungi antara satu sama lain
Penduduk tempatan yang terharu dan menyayangi mereka turut menghulurkan makanan
Ibu monyet ini melakukan rutin hariannya seperti melompat dari satu dahan ke dahan yang lain sambil membawa anak anjingnya
Kredit: Parithitamil
Sumber: NTD Inspired
Era Baru
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel Ibu monyet menjadikan anak anjing terbiar sebagai ‘anak angkat’ dan menyayanginya dengan sepenuh hati!
Anda sekarang membaca artikel Ibu monyet menjadikan anak anjing terbiar sebagai ‘anak angkat’ dan menyayanginya dengan sepenuh hati! dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/ibu-monyet-menjadikan-anak-anjing.html