link : Ihsan mak cik
Ihsan mak cik
Johor Bahru: “Saya bersyukur kerana Ramadan ini keluarga ibu saudara terbuka hati dan menyatakan hasrat bagi menjaga ibu dan dalam tempoh terdekat,” kata Norhidayu Baharudin, 16, yang menjaga ibunya sehingga dia terpaksa berhenti sekolah.
Norhidayu berkata, sekiranya dia dan ibunya berpindah ke kediaman ibu saudaranya di Ayer Hitam, Batu Pahat, dia turut berpeluang untuk meneruskan persekolahan seperti biasa selepas tidak dapat bersekolah sejak April lalu kerana perlu memberi penjagaan kepada ibunya yang terlantar.
Menurutnya, proses pemindahan dijangka sebelum Aidilfitri kerana ia membabitkan kos tertentu termasuk menyewa ambulans.
“Keadaan ibu masih sama dan memerlukan penjagaan dan dalam soal itu, keluarga ibu saudara menyatakan membantu saya untuk bergilir-gilir menjaganya ketika saya bersekolah nanti.
“Mereka bukan saja bersimpati dengan keadaan ibu malah prihatin berkaitan masa depan saya.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel Ihsan mak cik
Anda sekarang membaca artikel Ihsan mak cik dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/ihsan-mak-cik.html