link : Indonesia Tahan 41 Suspek Serangan 24 Mei
Indonesia Tahan 41 Suspek Serangan 24 Mei
JAKARTA – Polis Indonesia menahan seramai 41 suspek militan berhubung siasatan kes pengeboman bunuh diri 24 Mei lalu di Jakarta yang menyebabkan tiga anggota polis terbunuh dan enam yang lain cedera, lapor agensi berita Vietnam (VNA).
Jurucakap polis Mejar Jeneral Setyo Wasisto berkata sembilan daripada yang ditahan dinamakan sebagai suspek serangan di terminal bas Kampung Melayu, Jakarta Timur, yang menyasarkan anggota polis. Lima daripada mereka bagaimanapun dibebaskan kerana kekurangan bukti. Menurut Wasisto, penahanan suspek dibuat di beberapa lokasi termasuk Jakarta, Jawa Barat, Banten, Pulau Sumatera dan Nusa Tenggara Barat.
Katanya, penahanan terbaharu dibuat pada Rabu lalu di Banten, empat hari selepas pihak polis menggagalkan cubaan militan menyerang balai polis di bandar Bima, Nusa Tenggara Barat.
Operasi penahanan suspek juga dibuat sebagai langkah berjaga-jaga bagi memastikan tiada insiden tidak diingini berlaku menjelang Aidilfitri yang bakal disambut umat Islam hujung minggu ini.
Indonesia sebelum ini digegarkan dengan beberapa siri serangan melibatkan pengeboman bunuh diri yang dikaitkan dengan militan Daesh.
– BERNAMA
Loading...
Demikianlah Artikel Indonesia Tahan 41 Suspek Serangan 24 Mei
Anda sekarang membaca artikel Indonesia Tahan 41 Suspek Serangan 24 Mei dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/indonesia-tahan-41-suspek-serangan-24.html