Inspektor Polis Ditemui Mati Atas Kerusi Dalam IPD, Ada Kesan Tembakan Di Dahi

Inspektor Polis Ditemui Mati Atas Kerusi Dalam IPD, Ada Kesan Tembakan Di Dahi - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Inspektor Polis Ditemui Mati Atas Kerusi Dalam IPD, Ada Kesan Tembakan Di Dahi, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Inspektor Polis Ditemui Mati Atas Kerusi Dalam IPD, Ada Kesan Tembakan Di Dahi
link : Inspektor Polis Ditemui Mati Atas Kerusi Dalam IPD, Ada Kesan Tembakan Di Dahi

Baca juga


Inspektor Polis Ditemui Mati Atas Kerusi Dalam IPD, Ada Kesan Tembakan Di Dahi


Seorang pegawai polis telah ditemui mati dengan terdapat kesan tembakan di bahagian dahi di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Puteh, Kelantan hari ini, lapor Harian Metro.

Pegawai polis berpangkat Inspektor berkenaan yang berumur 29 tahun itu ditemui pada 9 pagi di atas kerusi di pejabatnya oleh rakan anggota polis yang lain.

Pemangku Ketua Polis Kelantan Senior Asisten Komisioner Din Ahmad berkata, mangsa yang merupakan Pegawai Penyiasat Jenayah Komersial sedang bertugas dari 8 malam semalam hingga 8 pagi tadi dan membuat rondaan di sekitar Pasir Puteh.

"Mangsa sepatutnya hadir mesyuarat peringkat daerah 9 pagi tadi namun tidak hadir sebelum seorang anggota mencari dan menemuinya dalam keadaan tidak sedarkan diri di atas kerusi serta kesan darah di bawah kerusi.

"Antara jam 4 hingga 5 pagi, jiran mangsa (rakan setugas) ada mendengar bunyi tembakan, namun tidak mengesyaki apa-apa.

"Pada 9 pagi, kita menemui jasad mangsa sebelum disahkan meninggal dunia," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Jenazah mangsa berasal dari Selangor telah dihantar ke Hospital Tengku Anis (HTA) untuk bedah siasat.

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut, satu siasatan juga turut dilakukan bagi mengetahui motif kejadian termasuk sama ada mangsa mengalami tekanan atau sebaliknya. - Siakapkeli.my

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Inspektor Polis Ditemui Mati Atas Kerusi Dalam IPD, Ada Kesan Tembakan Di Dahi

Sekianlah artikel Inspektor Polis Ditemui Mati Atas Kerusi Dalam IPD, Ada Kesan Tembakan Di Dahi kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Inspektor Polis Ditemui Mati Atas Kerusi Dalam IPD, Ada Kesan Tembakan Di Dahi dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/inspektor-polis-ditemui-mati-atas.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :