link : Isteri Disyaki Curang Selepas Suami Pasang CCTV Rakam Video Aksi Isterinya Goda Lelaki Ketika Suaminya Tiada Di Rumah
Isteri Disyaki Curang Selepas Suami Pasang CCTV Rakam Video Aksi Isterinya Goda Lelaki Ketika Suaminya Tiada Di Rumah
Hampir setiap hari masalah keruntuhan rumah tangga dapat dilihat di dada akhbar atau pun di media sosial yang dipercayai berpunca daripada pasangan suami isteri itu sendiri yang biasanya dikaitkan dengan kecurangan pasangan.
Kes curang biasanya melibatkan si suami yang menjadi punca keruntuhan institusi rumah tangga apabila berlaku curang terhadap isteri dengan mendekati wanita lain yang akhirnya dapat dihidu isterinya lalu meminta diceraikan dan berakhirlah hubungan yang dibina itu.
Kini zaman telah berubah apabila kaum wanita juga didapati terlibat dengan kes curang yang dipercayai tidak berpuas hati dengan layanan suami sehinggakan memaksa isterinya ingin mendapatkan lelaki lain yang mungkin lebih baik dan tidak kurang juga kes curang itu berlaku apabila isteri digoda lelaki lain.
Satu kisah yang dikongsikan ini boleh dijadikan pengajaran kepada semua pasangan suami isteri kerana apa yang dilakukan seorang suami ini adalah wajar setelah dia mengesyaki isterinya berlaku curang terhadapnya.
Si suami yang jujur ini bertindak secara diam-diam tanpa pengetahuan isterinya dengan memasangkan kamera litar tertutup (CCTV) di rumahnya yang bertujuan untuk memantau tindak-tinduk isterinya ketika berada di rumah.
Selepas CCTV dipasangkan, si suami telah memanggil seorang lelaki yang dipercayai pembaiki TV untuk membaiki televisyen yang rosak di dalam bilik rumahnya dengan harapan dapat melihat siapakah isterinya yang sebenar selepas mengesyaki isterinya berlaku curang di belakangnya.
Hari yang dinantikan itu telah tiba, pembaiki TV itu datang ketika ketiadaan si suami di rumah dan isterinya telah menjemput lelaki itu masuk ke bilik rumahnya. Apa yang mengejutkan, isterinya itu berpakaian seksi ketika lelaki tersebut memasuki rumahnya dengan memakai kemeja T serta berseluar dalam sahaja.
Menerusi rakaman video berkenaan, kelihatan si isteri cuba menggoda lelaki tersebut dengan sengaja mengumpan dan mendedahkan bahagian sulitnya. Lelaki berkenaan didapati seperti hilang fokus dengan kerjanya dan beberapa kali kelihatan gelisah apabila melihat aksi isterinya itu.
Walau bagaimanapun, tiada sebarang insiden yang berlaku sehingga ke akhir rakaman video berkenaan tetapi si suami telah menemui jawapan yang selama ini dicarinya walaupun lelaki tersebut tidak menyentuh isterinya serta meninggalkan rumahnya selepas selesai menjalankan tugasnya. - Koleksi Viral
Demikianlah Artikel Isteri Disyaki Curang Selepas Suami Pasang CCTV Rakam Video Aksi Isterinya Goda Lelaki Ketika Suaminya Tiada Di Rumah
Anda sekarang membaca artikel Isteri Disyaki Curang Selepas Suami Pasang CCTV Rakam Video Aksi Isterinya Goda Lelaki Ketika Suaminya Tiada Di Rumah dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/isteri-disyaki-curang-selepas-suami.html