link : Isteri sebak melihat mayat suami maut kemalangan
Isteri sebak melihat mayat suami maut kemalangan
Ketua Jabatan Siasatan dan Perundangan Trafik (JSPT) Selangor, Superintendan Kamaluddin Mohamad berkata, mangsa, Ahmad Nizam Nazahar, 34, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.
"Dalam kejadian jam 7.15 pagi, polis bantuan Kolej Universiti Taylor itu menunggang motosikal jenis Yamaha LC135 dalam perjalanan dari Bukit Tinggi ke Shah Alam.
"Siasatan awal mendapati mangsa mungkin mahu pergi ke tempat kerja kerana laluan itu menghala ke Kolej Taylor di Bandar Sunway ketika kejadian.
"Tiada kamera litar tertutup (CCTV) berdekatan kawasan kemalangan dan belum ada saksi yang tampil membantu siasatan.
"Polis masih menyiasat kejadian bagi mengenal pasti punca sebenar kemalangan dan mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk dibedah siasat," katanya.
Difahamkan, mayat mangsa telah selamat dikebumikan di tanah perkuburan Klang.
Demikianlah Artikel Isteri sebak melihat mayat suami maut kemalangan
Anda sekarang membaca artikel Isteri sebak melihat mayat suami maut kemalangan dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/isteri-sebak-melihat-mayat-suami-maut.html