link : Isteri Terpaksa Kurung Suami Mengamuk Di Bilik
Isteri Terpaksa Kurung Suami Mengamuk Di Bilik
AKIBAT takut dicederakan, seorang isteri terpaksa mengurung suaminya yang sedang mengamuk di dalam bilik rumah mereka Kampung Sungai Tua, Selayang, petang semalam.
Dalam kejadian kira-kira 6 petang itu, sang suami dikatakan cuba mencederakan isterinya selain telah bertindak memecahkan siling dan cermin tingkap rumah mereka.
Malah, mangsa yang ketakutan turut melarikan diri dan meminta bantuan abang iparnya untuk menghubungi pihak polis.
Menurut ahli keluarga, sehari sebelum kejadian, lelaki berusia 41 tahun itu juga pernah mengacukan pisau ke arah anak dan isterinya namun berjaya ditenangkan.
Difahamkan, lelaki itu mempunyai masalah emosi dan belum pernah mendapatkan rawatan.
Menurut Pegawai Pasukan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kuala Lumpur Leftenan Shahrul Kamar Mohd Johari, setiba pihaknya di lokasi, didapati ahli keluarga lelaki itu berada di luar rumah bersama pihak polis manakala lelaki itu terkurung di dalam bilik tidur.
“Pihak polis mengambil masa lebih setengah jam untuk memujuk lelaki itu supaya bertenang dan tidak bertindak di luar jangkaan.
“Lelaki itu akhirnya mengalah dengan pujukan pihak polis selain kelihatan kepenatan berikutan kejadian itu.
“Anggota APM mendapat kebenaran pihak polis untuk memberi rawatan kepada lelaki itu yang dilihat sedang terbaring di atas katil.
“Lelaki itu kemudian dibawa ke Hospital Selayang untuk rawatan lanjut,” katanya.
Susulan insiden itu, lelaki tersebut turut mengalami luka di bibir kerana terkena serpihan kaca. – MYNEWSHUB.CC
malaysiaway.blogspot.com
Demikianlah Artikel Isteri Terpaksa Kurung Suami Mengamuk Di Bilik
Sekianlah artikel Isteri Terpaksa Kurung Suami Mengamuk Di Bilik kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Isteri Terpaksa Kurung Suami Mengamuk Di Bilik dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/isteri-terpaksa-kurung-suami-mengamuk_2.html