link : Isu FGV Bakal Jadi Gosip Pertemuan Aidil Fitri
Isu FGV Bakal Jadi Gosip Pertemuan Aidil Fitri
Percayalah! Tidak akan ada gosip lebih besar pada pertemuan cuti balik kampung tahun ini kecuali isu FGV.
Memang raya tujuannya meraikan kemenangan ibadah Ramadan, tetapi warna-warni pertemuan terutama soalan kepada warga kota yang pulang ke kampung tentunya: “Apa jadi dengan FGV?”
Pegawai kerajaan, profesional dan pelajar universiti akan dijadikan pakar rujuk. Dalam ceria bertemu-mesra pada hari raya, pasti kemelut FGV akan jadi bualan. Lebih hangat daripada lemang dan lebih pedas daripada sambal lontong.
“Apa isu sebenar FGV? Siapa kebas duit siapa? Benarkah CEO dicutikan kerana cuba lupuskan hutang?” Itu antara skenario soalan utama yang pasti mengugah bualan.
Lebih daring kalau terpacul pertanyaan: “Betulkah CEO dipecat sebab enggan bersetuju dengan kehendak tangan ghaib mahu melaburkan RM850 juta duit FGV ke bisnes bukan teras?”
Atau komen sensasi: “Duit ada RM1.4 bilion, hutang pula RM4 bilion. Jadi benarkah kemelut kewangan punca CEO dan Pengerusi bertelagah?”
Kenyataan Pengerusi Felda, Tan Sri Shahrir Abdul Samad untuk mengadakan pertemuan dengan PM sebelum Hari Raya memang relevan. Jangan biar Aidil Fitri dipenuhi gosip liar isu FGV sekiranya tiada penjelasan tegas kerajaan.
Walaupun suasana tidak membahang sekarang, namun hakikatnya rakyat sedang menantikan pencerahan. Membiarkan isu ini tanpa penjelasan akan mencipta spekualsi dan gosip liar terhadap kerajaan, PM dan parti BN serta Umno.
Shahrir berkata pertemuan dengan PM akan diadakan di Kementerian Kewangan. Motifnya, membincangkan pelbagai perkara berkaitan FGV secara lebih terperinci.
“Saya kena jumpa Perdana Menteri untuk tahu lebih lanjut apa pandangan, apa yang dimaksudkan dengan laporan-laporan mengenai FGV ini, sebab saya duduk di luar.
“Felda hanya sebagai pemegang saham terbesar dalam FGV.
“Mungkin dalam perjumpaan itu nanti akan tahu apa cadangan-cadangan yang sesuai, macam mana nak selesaikan isu ini. Insyaallah sempat sebelum raya ni. Ada lebih kurang dua minggu lagi (untuk selesaikan),” katanya.
Isu FGV adalah beban terbesar kerajaan dan BN sekarang kalau diukur ketalis isu ini dalam skop menjelang PRU 14.
Portal pembangkang memainkan isu FGV dengan pelbagai spekulasi yang memberi persepsi buruk kepada kerajaan. Hampir setiap hari isu FGV menjadi bahan spin.
Elok kerajaan ambil maklum. Jangan dibiarkan gantung tak bertali. Nanti menangis tak berlagu!
-MYNEWSHUB.CC
Loading...
Demikianlah Artikel Isu FGV Bakal Jadi Gosip Pertemuan Aidil Fitri
Anda sekarang membaca artikel Isu FGV Bakal Jadi Gosip Pertemuan Aidil Fitri dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/isu-fgv-bakal-jadi-gosip-pertemuan.html