IZZAH IBARAT WAKIL RAKYAT ‘TOUCH N GO’ – NONG CHIK

IZZAH IBARAT WAKIL RAKYAT ‘TOUCH N GO’ – NONG CHIK - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul IZZAH IBARAT WAKIL RAKYAT ‘TOUCH N GO’ – NONG CHIK, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : IZZAH IBARAT WAKIL RAKYAT ‘TOUCH N GO’ – NONG CHIK
link : IZZAH IBARAT WAKIL RAKYAT ‘TOUCH N GO’ – NONG CHIK

Baca juga


IZZAH IBARAT WAKIL RAKYAT ‘TOUCH N GO’ – NONG CHIK

Ahli parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar diibaratkan seperti wakil rakyat ‘Touch n Go’ kerana tidak benar-benar berkhidmat di kawasan sendiri.

Bekas menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin yang dipetik wawancara bersama Malaysiakini berkata, kenyataannya itu mungkin seperti berat sebelah namun ujarnya, hanya pengundi di kawasan tersebut yang memahami situasi sebenar.

“Orang mungkin akan kata saya berat sebelah. Saya rasa lebih baik tanya kepada pengundi-pengundi di sini. Pada saya, cara dia hanya touch and go.

“Dia datang, ambil gambar dan tularkan di Facebook. Apa yang dia buat?

“Tapi banyak apa yang dia ditularkan, kita yang usahakan kerana sesetengah isu tidak boleh diselesaikan dalam masa satu hari,” katanya dalam wawancara bersama portal itu.

Nong Chik juga menambah, Nurul Izzah lebih cenderung memperjuangkan isu antarabangsa sedangkan isu kebajikan rakyat di kawasan sendiri terabai.

Ekoran itu, ujar beliau, rakyat kerap meminta bantuan daripada Umno-Barisan Nasional (BN).

“Mereka (masyarakat) macam menganggap (Nurul Izzah) wakil rakyat untuk luar (kawasan). Macam di Lembah Pantai ini ada dua wakil rakyat.

“Satu wakil rakyat untuk berikan servis antarabangsa, macam menteri luar. Satu lagi bila bab tempatan, mereka akan rujuk pada Umno dan BN termasuk isu-isu melibatkan bantuan dan sebagainya.

“Mana yang kita mampu kita akan bantu,” katanya lagi.

Beliau menafikan bantuan yang dihulur kepada penduduk setempat bertujuan untuk meraih undi.

Sebaliknya kata Ahli Majlis Tertinggi Umno itu, aktiviti turun padang sudah sebati dengannya sejak menceburi politik pada 1980an

Nong Chik dicalonkan sebagai pengganti Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) di Lembah Pantai, namun tewas di tangan Izzah yang memenangi kawasan berkenaan sejak 2008.

Pada PRU13, puteri Datuk Seri Anwar Ibrahim itu mengatasi Nong Chik dengan majoriti undi 1,847.


Demikianlah Artikel IZZAH IBARAT WAKIL RAKYAT ‘TOUCH N GO’ – NONG CHIK

Sekianlah artikel IZZAH IBARAT WAKIL RAKYAT ‘TOUCH N GO’ – NONG CHIK kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel IZZAH IBARAT WAKIL RAKYAT ‘TOUCH N GO’ – NONG CHIK dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/izzah-ibarat-wakil-rakyat-touch-n-go.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :