link : Jalankan siasatan ke atas penyiasatan, pendakwaan kes bunuh Bill Kayong
Jalankan siasatan ke atas penyiasatan, pendakwaan kes bunuh Bill Kayong
KUCHING: Jabatan Peguam Negara perlu menjalankan siasatan ke atas penyiasatan dan pendakwaan kes bunuh Bill Kayong terutama dengan pelepasan dan pembebasan dalang utama.
Presiden Kongres Kebangsaan Dayak (DNC) Paul Raja berkata, pihaknya ingin tahu jika penyiasatan dan pendakwaan dilaksanakan dengan betul menurut standard yang munasabah.
Beliau turut mempersoalkan tugas penyiasatan dan pendakwaan di mahkamah sehingga tidak dapat mencari apa-apa bukti yang mengaitkan dalang kepada pembunuhan dan kematian Bill Kayong.
Katanya, malah mahkamah turut jelas ketara kecewa dengan siasatan dan pendakwaan tersebut sehingga mengatakan tidak ada pilihan melainkan membebaskan dan melepaskan tertuduh.
“Kami menuntut Jabatan Peguam Negara menyiasat apa yang berlaku dan bagaimana siasatan dan pendakwaan dijalankan,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.
Paul berkata, menurut seorang peguam jenayah kanan, ia merupakan satu kes di mana siasatan dan pendakwaan dilakukan supaya keputusannya tidak dapat dielakkan.
Sebagai kes penting yang menarik perhatian besar, malah di seluruh dunia, sistem penghakiman kita kini bercelaru.
“Seperti yang dikatakan berkali-kali dan diketahui umum, dalang utama melarikan diri daripada pembunuhan itu dikaitkan dengan beberapa perbalahan berkaitan dengan pertikaian tanah Bekelit,” katanya sambil menambah, keputusan mahkamah pada Selasa adalah benar-benar sukar dipercayai.
Dengan kes itu, bagaimanakah pemilik tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) yang dirampas daripada mereka mahu menegakkan keadilan, katanya.
Beliau menambah, ia seolah-olah akan menggalakkan lebih banyak syarikat perladangan menggunakan khidmat samseng bagi menyelesaikan pertikaian dengan pemilik NCR, seperti yang berlaku di Sungai Arip, Tatau.
“Kes ini merupakan peringatan kepada kerajaan untuk bertindak balas sewajarnya dan memperbetulkan keadaan.
“Kerajaan tidak boleh berdiam diri dalam keadaan seperti ini. Semua masalah tanah yang berkaitan dengan NCR perlu diselesaikan,” katanya.
Paul turut menyeru agar undang-undang mengiktiraf NCR serta Pemakai Menoa dan Pulau Galau sepenuhnya atau masalah sedemikian akan terus berulang.
Beliau menambah, tindakan kerajaan mengeluarkan pajakan sementara dan lesen untuk menanam hutan atas Pemakai Menoa dan Pulau Galau adalah jelas melanggar NCR.-Utusan Borneo Online
malaysiaway.blogspot.com
Demikianlah Artikel Jalankan siasatan ke atas penyiasatan, pendakwaan kes bunuh Bill Kayong
Sekianlah artikel Jalankan siasatan ke atas penyiasatan, pendakwaan kes bunuh Bill Kayong kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Jalankan siasatan ke atas penyiasatan, pendakwaan kes bunuh Bill Kayong dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/jalankan-siasatan-ke-atas-penyiasatan.html