JASA HAFIZ LEBIH BESAR DARI SYED SADDIQ, TAPI MUKHRIZ KHIANAT

JASA HAFIZ LEBIH BESAR DARI SYED SADDIQ, TAPI MUKHRIZ KHIANAT - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul JASA HAFIZ LEBIH BESAR DARI SYED SADDIQ, TAPI MUKHRIZ KHIANAT, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : JASA HAFIZ LEBIH BESAR DARI SYED SADDIQ, TAPI MUKHRIZ KHIANAT
link : JASA HAFIZ LEBIH BESAR DARI SYED SADDIQ, TAPI MUKHRIZ KHIANAT

Baca juga


JASA HAFIZ LEBIH BESAR DARI SYED SADDIQ, TAPI MUKHRIZ KHIANAT

“Mukhriz adalah orang yang patut bela Hafiz, tapi dia pula yang mengkhianatinya…..”

Itulah kecaman Exco Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA), Mohamad Taufik Abas terhadap Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang didakwa mengeluarkan kenyataan mengecewakan, mengkhianat dan penipuan.

Ia susulan kenyataan Mukhriz yang mendakwa seorang lagi Exco ARMADA, Muhammad Hafiz Azhar adalah individu yang ditanam oleh UMNO di dalam PPBM, berikutan tindakannya mendesak Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Presiden parti, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi penjelasan mengenai isu yang membelenggu mereka.

Mohamad Taufik berkata, tuduhan Mukhriz bukan saja tidak berasas, malah mengkhianati Muhammad Hafiz yang banyak berkorban terhadap PPBM, khususnya dalam menggerakkan jentera parti.

“Hakikatnya, Mukhriz sendiri yang melantik Muhammad Hafiz sebagai Exco tanpa melalui apa-apa tapisan dan pemilihan seperti Exco lain, tapi kenapa sekarang beliau pula tuduh UMNO salah.

“Ini satu pengkhianatan dan penipuan besar. Muhammad Hafiz antara paling banyak berjasa sejak awal penubuhan parti, tapi sekarang semua hentam dia hingga ada pemimpin sanggup lemparkan kata kesat pada dia,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Sabtu lalu, Muhammad Hafiz mendesak Dr Mahathir memperjelaskan mengenai tuduhan kekayaan dimiliki anak-anaknya yang diperoleh dalam masa singkat, manakala Muhyiddin pula mengenai tuduhan skandal dengan seorang wanita.

Desakan itu disanggah Ketua ARMADA, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, yang mahu Muhammad Hafiz dirujuk kepada Lembaga Disiplin PPBM, manakala Mukhriz pula mendakwa perkara itu dirancang sejak awal oleh parti lawan, khususnya UMNO.

Mohamad Taufik berkata, beliau tidak bersetuju dengan tindakan terhadap Muhammad Hafiz, selain mempertikaikan cara Syed Saddiq menangani isu terbabit, khususnya apabila cuba mendakwa Muhammad Hafiz sebagai Exco bermasalah.

“Jasa Muhammad Hafiz lebih banyak daripada Syed Saddiq. Apabila ada masalah, tak mahu selesaikan, sebaliknya tuding jari pada pihak lain (UMNO).

“Ramai Exco sebenarnya tak setuju, tapi nak bersuara takut dituduh makan dedak sedangkan niat kami nak perbetulkan keadaan,” katanya yang sanggup menerima apa saja hukuman, termasuk dibuang parti kerana mempertahankan.

Sumber: Berita Harian


Demikianlah Artikel JASA HAFIZ LEBIH BESAR DARI SYED SADDIQ, TAPI MUKHRIZ KHIANAT

Sekianlah artikel JASA HAFIZ LEBIH BESAR DARI SYED SADDIQ, TAPI MUKHRIZ KHIANAT kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel JASA HAFIZ LEBIH BESAR DARI SYED SADDIQ, TAPI MUKHRIZ KHIANAT dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/jasa-hafiz-lebih-besar-dari-syed-saddiq.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :