JDT tersingkir daripada saingan Piala AFC 2017

JDT tersingkir daripada saingan Piala AFC 2017 - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul JDT tersingkir daripada saingan Piala AFC 2017, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : JDT tersingkir daripada saingan Piala AFC 2017
link : JDT tersingkir daripada saingan Piala AFC 2017

Baca juga


JDT tersingkir daripada saingan Piala AFC 2017

KUALA LUMPUR: Hasrat wakil tunggal negara, Johor Darul Ta''zim (JDT) untuk meneruskan saingan pada Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) tidak kesampaian setelah tewas tipis 1-2 kepada wakil Filipina, Ceres-Negros FC pada aksi separuh akhir kedua di Stadium Panaad, Bacolod City, Filipina, malam tadi.

Kedua-dua pasukan terikat 4-4 secara agregat, namun Ceres-Negros FC mara ke aksi final zon ASEAN menerusi peraturan gol di tempat lawan.

Untuk rekod, JDT menang tipis 3-2 ke atas pasukan sama pada aksi separuh akhir pertama di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin pada 17 Mei lepas.

Ceres-Negros FC dijadual menentang Home United pada aksi final zon ASEAN yang menggunakan format timbal balik pada 1 dan 8 Ogos ini.

Home United mara ke final zon ASEAN selepas mencatat kemenangan agregat 5-4 ke atas Global FC dari Filipina dalam satu lagi aksi separuh akhir, semalam.

Pada aksi di Filipina, pasukan tuan rumah terlebih dahulu mendahului perlawanan menerusi jaringan Kota Kawase pada minit ke-26 sebelum Gabriel Miguel Guerra menyamakan kedudukan untuk JDT pada minit ke-64 setelah memanfaatkan hantaran daripada rakan sepasukan.

Tuah, bagaimanapun lebih memihak kepada Ceres-Negros FC yang dihadiahkan sepakan penalti oleh pengadil setelah pemain mereka, Fernando Rodriguez dikasari di dalam kotak penalti pada penghujung babak perlawanan.

Rodriguez tenang menyempurnakan sepakan penalti berkenaan untuk membawa pasukan tuan rumah mara ke final zon ASEAN berdepan Home United.

Nasib malang menimpa JDT setelah penjaga gol, Farizal Marlias dilayangkan kad merah, beberapa minit kemudian kerana terlibat dengan pergaduhan dengan pemain tuan rumah.

AFC mengubah format Piala AFC bermula musim ini, dengan lapan pasukan terbaik iaitu empat pasukan zon ASEAN dan empat pasukan zon Asia Barat mara ke peringkat separuh akhir yang menggunakan format timbal balik.

Pemenang perlawanan zon ASEAN akan mara ke final berdepan juara zon Asia Barat bagi menentukan pemenang Piala AFC 2017.

-- BERNAMA

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel JDT tersingkir daripada saingan Piala AFC 2017

Sekianlah artikel JDT tersingkir daripada saingan Piala AFC 2017 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel JDT tersingkir daripada saingan Piala AFC 2017 dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/jdt-tersingkir-daripada-saingan-piala.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :