link : Jenayah Anti-Islam Meningkat Mendadak Di London
Jenayah Anti-Islam Meningkat Mendadak Di London
LONDON: Jenayah anti-Islam meningkat lima kali ganda di ibu kota England sejak serangan ganas di London Bridge, kata Datuk Bandar London, Sadiq Khan.
Beliau turut memberi amaran polis tidak akan bertoleransi dalam menangani masalah itu.
"Statistik pada 6 Jun menunjukkan peningkatan 40 peratus dalam insiden berunsurkan perkauman, berbanding dengan purata setiap hari tahun ini.
"Berlaku juga pertambahan lima kali ganda dalam kejadian Islamofobia," kata pejabat Khan dalam satu kenyataan.
Ia berkata, 54 kejadian berunsurkan perkauman direkodkan kelmarin, berbanding purata harian 38 kes setakat ini pada 2017.
Dua puluh daripadanya adalah insiden anti-Islam, jauh mengatasi cuma 3.5 kes purata harian pada 2017.
"Ini adalah tahap insiden Islamofobia harian tertinggi pada 2017 sehingga kini," kata kenyataan itu.
Kenyataan itu juga menyebut, angka berkenaan lebih tinggi daripada paras dicapai selepas serangan di Paris pada November 2015, yang mengorbankan 130 orang.
Di laman Facebooknya, Khan menggesa penduduk London untuk bersatu dan menunjukkan mesej jelas kepada dunia bahawa bandar raya itu tidak akan berpecah-belah disebabkan individu keji yang mahu mencederakan dan memusnahkan kehidupan mereka.
Khan juga memberi amaran, polis akan melakukan apa saja untuk menghapuskan tindakan melampau di London dan akan mengambil pendekatan sifar toleransi terhadap jenayah benci. - AFP
malaysiaway.blogspot.com
Demikianlah Artikel Jenayah Anti-Islam Meningkat Mendadak Di London
Sekianlah artikel Jenayah Anti-Islam Meningkat Mendadak Di London kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Jenayah Anti-Islam Meningkat Mendadak Di London dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/jenayah-anti-islam-meningkat-mendadak.html