link : Jenazah Yana Zein: Dikebumikan Cara Islam Atau Kristian?
Jenazah Yana Zein: Dikebumikan Cara Islam Atau Kristian?
JAKARTA – Kematian pelakon indonesia, Yana Zein pada Khamis lalu (1 Jun) cukup memberi pengajaran kepada masyarakat tempatan yang berkahwin berlainan agama.
Mana tidaknya, dek kerana ayahnya beragama Islam manakala ibunya Kristian, jenazah aktres berkenaan menjadi rebutan kedua-dua orang tuanya untuk disemadikan mengikut ajaran agama masing-masing.
Lapor Tribunnews, kekecohan berlaku tatkala ayah Yana, Nurzaman Zein yang datang ke hospital RS Fatmawati untuk melawat jenazah anaknya, menentang agar jenazah disemadikan mengikut ajaran Kristian.
Nurzaman yang hadir ditemani beberapa rakan terdekat, lantas melaungkan azan dan membaca satu surah al-Quran dan dengan tegas menegaskan anaknya seorang Islam, dan tiada seorang pun boleh menentang perkara itu.
Tindakan, Nurzaman itu ditentang seketika oleh ibu Allahyarham, Swetlana Zein, bekas isteri Nurzaman.
Namun, kekalutan terlerai selepas semua pihak berlapang dada untuk menerima agar jenazah disemadikan mengikut Islam.
Allahyarham Yana Zein, 44, meninggal dunia akibat kanser payu dara. Beliau dikebumikan di Bulak Leebar, Cinere, Depok.
Bekas kekasih Yana, Steve Emmanuel mengatakan bahawa Yana telah mengucap dua kalimat syahadat, sebelum meninggal dunia.
Difahamkan Indonesia membenarkan perkahwinan berbeza agama. -MYNEWSHUB.CC
Loading...
Demikianlah Artikel Jenazah Yana Zein: Dikebumikan Cara Islam Atau Kristian?
Anda sekarang membaca artikel Jenazah Yana Zein: Dikebumikan Cara Islam Atau Kristian? dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/jenazah-yana-zein-dikebumikan-cara.html