Jonathan Intai Slot 100M Pada Sukan SEA 2017

Jonathan Intai Slot 100M Pada Sukan SEA 2017 - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Jonathan Intai Slot 100M Pada Sukan SEA 2017, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Jonathan Intai Slot 100M Pada Sukan SEA 2017
link : Jonathan Intai Slot 100M Pada Sukan SEA 2017

Baca juga


Jonathan Intai Slot 100M Pada Sukan SEA 2017

SEPANG – Bekas anak didik Watson Nyambek, Jonathan Nyepa optimis beliau akan disenaraikan oleh  Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) untuk menggalas cabaran dalam acara 100m pada temasya Sukan SEA Kuala Lumpur (KL2017), Ogos ini.

Ini susulan pencapaian pingat perak dengan catatan masa 10.28s oleh anak kelahiran Sarawak itu pada Kejohanan Terbuka Korea di Jeongseon, Korea Selatan, kelmarin.

Beliau berkata kini saingan antara pelari pecut negara semakin hebat untuk memburu slot dalam acara individu 100m pada Sukan SEA ekoran kehadiran pemegang rekod kebangsaan (10.8s), Khairul Hafiz Jantan, Badrul Hisham Abdul Manap, Nixson Kennedy dan Muhammad Aqil Yasmin.

“Kalau mengikut catatan masa di Terbuka Korea, memang saya berada di kedudukan kedua selepas Khairul Hafiz,” kata atlet berusia 21 tahun ïtu kepada pemberita sejurus tiba dari Korea Selatan di Lapangan Terbang Kuala Lumpur 2 (klia2), lewat malam tadi.

Jonathan, bagaimanapun, menegaskan bahawa catatan masa 10.28s itu bukan prestasi kemuncaknya malah menyimpan tenaga untuk sampai ke tahap terbaik pada Sukan SEA Kuala Lumpur dari 19 hingga 30 Ogos ini.

“Saya tidak sangka dapat mencatat masa di bawah 10.30s. Bagaimanapun, ia bukan tahap ‘peak’ (kemuncak) bagi diri saya,” kata Jonathan, anak kelahiran Belaga, yang mendapat bimbingan bekas jaguh pecut negara, Watson, pada awal pembabitan beliau dalam sukan olahraga.

Selepas cabaran di Korea Selatan, beliau akan menghadapi Kejohanan Trek dan Padang Asia (ATF) ke-22 di Bhubaneswar, India dari 6 hingga 9 Julai ini.

Pada Kejohanan ATF itu, Jonathan akan digandingkan buat pertama kali bersama-sama Khairul Hafiz, Nixson dan Badrul Hisham Manap dalam acara 4x100m. – BERNAMA

Loading...

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Jonathan Intai Slot 100M Pada Sukan SEA 2017

Sekianlah artikel Jonathan Intai Slot 100M Pada Sukan SEA 2017 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Jonathan Intai Slot 100M Pada Sukan SEA 2017 dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/jonathan-intai-slot-100m-pada-sukan-sea.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :