KAFA Temui FMLLP Isnin Depan

KAFA Temui FMLLP Isnin Depan - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul KAFA Temui FMLLP Isnin Depan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : KAFA Temui FMLLP Isnin Depan
link : KAFA Temui FMLLP Isnin Depan

Baca juga


KAFA Temui FMLLP Isnin Depan

KOTA BHARU – Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) akan menemui Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP) pada 5 Jun ini, bagi membincangkan kemelut dihadapi persatuan bola sepak negeri itu ketika ini.

Pemangku Presiden KAFA Datuk Seri Afandi Hamzah berkata keputusan untuk bertemu pihak FMLLP diputuskan pada mesyuarat Exco KAFA di sini, hari ini.

“Kita akui suasana kita sekarang, oleh itu kita mahu mengambil pendekatan mengadakan perbincangan lanjut berkaitan isu yang dihadapi bersama FMLLP,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sebelum ini, KAFA berdepan beberapa kemelut bersama FMLLP antaranya berkaitan isu pendaftaran pemain import, tunggakan gaji dan pemotongan mata.

Afandi berkata perjumpaan bersama FMLLP itu akan diketuai beliau sendiri bersama Setiausaha Agung Datuk Ismail Md Noor serta barisan Exco KAFA.

“Kami fikir kemelut ini perlu ke proses perbincangan lanjut agar sesuatu keputusan yang baik dapat dicapai,” katanya.

Beliau berkata mesyuarat KAFA hari ini turut membincangkan cadangan berkaitan penswastaan pasukan Kelantan pada tahun depan dengan tujuan melibatkan syarikat swasta dan penyokong dalam pengurusan KAFA, dengan pembahagian saham diagihkan 70 peratus untuk syarikat dan 30 peratus kepada penyokong.

“Memandangkan sekarang sudah masuk pertengahan musim, lebih elok kita melakukan persiapan awal. Sebuah jawatankuasa akan dibentuk bagi memperincikan perkara tersebut (penswataan),” katanya. – BERNAMA

Loading...


malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel KAFA Temui FMLLP Isnin Depan

Sekianlah artikel KAFA Temui FMLLP Isnin Depan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel KAFA Temui FMLLP Isnin Depan dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/kafa-temui-fmllp-isnin-depan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :