link : Kanak-kanak maut, kereta dinaiki langgar pokok
Kanak-kanak maut, kereta dinaiki langgar pokok
Nursyazani Shazrin, 4, yang cedera parah pada badan disahkan meninggal dunia di Hospital Tuanku Fauziah, manakala ibunya Norhana Sawal, 30, dan sepupunya Nur Ufairah Afiqa Mohd Zaini, 3, dilaporkan dalam keadaan kritikal di hospital sama.
Ketua Polis Daerah Arau Supt Nanda Maarof berkata tiga lagi iaitu bapa Nursyazani, Shazrin Sajat, 30, dan abang Norhana, Mohd Zaini Sawal, 41, serta anaknya Nur Uzma Aqilah, 6, cedera.Nanda berkata kejadian berlaku kira-kira 8.30 malam apabila Honda Stream yang dipandu Shazrin hilang kawalan dan terbabas ke bahu jalan sebelum melanggar sebatang pokok.
Keluarga terbabit yang berasal dari Johor dipercayai dalam perjalanan pulang ke Johor Bahru dari Langkawi, katanya dalam kenyataan hari ini.
Kes disiasat menurut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
-- BERNAMA
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel Kanak-kanak maut, kereta dinaiki langgar pokok
Sekianlah artikel Kanak-kanak maut, kereta dinaiki langgar pokok kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Kanak-kanak maut, kereta dinaiki langgar pokok dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/kanak-kanak-maut-kereta-dinaiki-langgar.html