link : Kastam Kedah Buru 170 Peniaga Gagal Jelas GST
Kastam Kedah Buru 170 Peniaga Gagal Jelas GST
KULIM – Jabatan Kastam Diraja Malaysia Kedah sedang memburu kira-kira 170 peniaga di negeri itu yang masih gagal menjelaskan kutipan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) masing-masing.
Pengarahnya Datuk Johari Alifiah berkata kebanyakan peniaga terbabit mengemukakan pelbagai alasan yang tidak logik untuk mengelak daripada dikenakan kompaun.
“Kita akan arahkan pegawai Bahagian GST, pematuhan serta penguatkuasaan membuat audit verifikasi ke atas peniaga-peniaga ini,” katanya selepas melancarkan ‘Ops Kesan GST’, di sini hari ini.
Johari menegaskan pihaknya juga tidak lagi bertolak-ansur selepas ini dan akan mengambil tindakan undang-undang ke atas peniaga yang tidak mematuhi peraturan itu.
Sementara itu, beliau berkata pihaknya telah mengesan 267 peniaga yang tidak berdaftar dengan GST di daerah Kulim dan Bandar Baharu setakat Jun 2016.
Sehingga kini terdapat 14,924 peniaga di Kedah yang berdaftar di bawah GST. – BERNAMA
Loading...
Demikianlah Artikel Kastam Kedah Buru 170 Peniaga Gagal Jelas GST
Anda sekarang membaca artikel Kastam Kedah Buru 170 Peniaga Gagal Jelas GST dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/kastam-kedah-buru-170-peniaga-gagal.html