link : Kawan Dan Dakwah
Kawan Dan Dakwah
Aku tak memilih dalam berkawan.
Pernah suatu ketika,zaman aku belajar dulu.
Aku berkali kali dipandang serong dengan abang abang dan kakak kakak pusat Islam hanya kerana berkawan baik dengan non muslim.Masa tu aku baru sem 1.Jangan rapat sangat dengan non muslim kata mereka.Mereka takut aku terpengaruh dan terpesong akidah..Apatah lagi zaman sekarang terlalu banyak agenda untuk menghancurkan Islam.Sementelah,aku masih newbie dan baru menjejakkan kaki ke alam kampus.Aku jadi pelik dengan mereka.Dalam kuliah aku ada saja non muslim dan memang study group atau kumpulan aku tu,ada non muslim dan lecturer pasti akan menggelarkan kami Kumpulan 1 Malaysia.Ada Melayu,Cina dan India.Kumpulan lain memang tiada.Jadi,biasa lecturer akan give extra mark kat kumpulan kami.Aku pun tak tau kenapa.
Pastu,nak dijadikan cerita suatu hari tu..aku dipanggil dengan majlis tertinggi pusat Islam.Aku da start dup dap masa tu.
* * * *
Abang nak pesan sikit.Jangan rapat dengan non muslim.Kawan gitu gitu je.. nasihat pengerusi pusat Islam.Abang Khai (bukan nama sebenar) hanya memandang kawan kawannya yang lain lepastu mula lah lepas sorang..sorang nasihat aku.Bila semua dah siap cakap,nasihat aku dan bla bla bla.Ada dua tiga orang abang dan kakak yang maklum pada aku..sejak kali pertama aku jejakkan kaki ke sini..rupanya aku telah diperhatikan mereka.Sebab dalam ramai orang,depa rasa aku sesuai untuk pegang jawatan sebagai pengerusi pusat Islam bagi sem 1.Aku jadi kaget kejap.Ok..back to topic.
Lepas tu..aku mintak diaorang plak dengar apa aku nak cakap.
Kenapa mesti pandang luaran seseorang tu kalau kita nak dakwah orang? tanyaku.
Semua abang abang dan kakak kakak hanya mampu berkelip kelip memandang antara satu sama lain.Ada yang cuba untuk jawab tapi tak keluar suara.
Pastu..kita nak dakwah orang ni perlu ke pilih pilih orang? Target orang Islam saja? Non muslim plak macam mana? Saya tak kisah kalau abang abang dan kakak kakak nak pandang serong atau pelik pada saya sebab saya rapat dengan non muslim.Tapi saya kisah sekarang ni,perlu ke sampai pulaukan non muslim? Mana tahu berkat kita kawan dengan diaorang..terdetik hati mereka nak memeluk Islam suatu hari nanti?
Ok dik.Maaf akak nak sampuk sikit.Target kita sekarang muslim yang tak menutup aurat dan ajak mereka solat jemaah sama sama,berusrah dan lain lain.Kenapa adik beria sangat nak dakwah non muslim tu? tanya Kak Sha (bukan nama sebenar) padaku.
Kalian pernah nampak tak saya kawan je dengan semua orang? Dengan orang tak menutup aurat pun saya kawan jugak.Kita satu kampus.Non muslim pun ada,jadi..tak salah kiranya saya kawan rapat dengan mereka apatah lagi kami satu kuliah.Hari hari jumpa.Di kolej kediaman pun jumpa,so..apa yang salahnya? tanyaku.
Aih..rasa geram pulak tetibe.Cam penyiasat edisi siasat kat tv tuh.Haih..Rina (bukan nama sebenar) bawak bertenang.Cool jek.
Aku cuba pujuk dan tenangkan hatiku sendiri.Mereka perasan riak wajahku mulai cuak.Ye la.Tetiba je kena bash camtu sape tak geram kan.
Kak Mia (bukan nama sebenar) bukan apa dik..zaman sekarang ni tahu tahu je lah.Terlalu banyak cara orang bukan Islam buat untuk hancurkan umat Islam.Kak nak adik hati hati je.Sebelum apa apa jadi,baik kami pesan dulu kat adik.Adik masih mentah lagi.Kami tak kata non muslim kat sini berbahaya dan jahat..adik jangan salah faham pulak.Kami nak adik behave je sekarang ni.. ujar Kak Mia lembut sambil menatap mataku.
Aku mula menggaru garu kepala yang tidak gatal.Hanya mengangguk angguk tanda faham.Malas nak pung pang pung pang dengan mereka lagi.Biarlah mereka.Aku tetap dengan diriku.Sebenarnya jauh di sudut hati,aku pun tidak berani berkawan dengan non muslim.Namun,atas faktor mereka sekelas denganku dan hari hari jumpa,aku beranikan diri jua dan aku tepis jauh jauh perasaan takut itu.Aku tetap menyemai perasaan ingin berkawan dengan mereka semata semata kerana Allah walaupun berlainan agama.Mereka sangat baik dan tidak lokek dengan ilmu yang ada.Ada jugak lah aku belajar bahasa Cina dan India tu sikit sikit.Hihi.Sekadar nak tambah kosa kata.
Ok.Hari ini kita adakan perjumpaan tergempar dan memanggil nama nama berkaitan untuk kami lantik sebagai Majlis Tertinggi Pusat Islam bagi sesi Disember 2011.Kami semua Majlis Tertinggi Pusat Islam sesi Julai 2011 dah sebulat suara nak lantik Haziq (bukan nama sebenar) sebagai pengerusi muslimin untuk sem 1 ni dan Rina pengerusi muslimat.. ujar Abang Izhar (bukan nama sebenar) selaku Ketua Biro Tarbiyah di sini.Terkejut giler aku masa tu.Rasa nak tercabut jantung.Amanah tu.Selepas tu diadakan sedikit majlis perlantikan bersama Ustaz Wan (bukan nama sebenar) dan juga Ustazah Zana (bukan nama sebenar) juga dekan dekan lain.
* * * *
Lepas majlis tu..aku dihampiri oleh seseorang yang tidak aku kenali namanya.Tapi muka seperti pernah nampak.
Rina..maaf.Ada benda sikit saya nak minta tolong awak ni..ujarnya.Wajahnya resah gelisah.
Ya.Ada apa yang boleh saya bantu?aku tatap wajahnya.Kaki sudah mulai menapak perlahan sambil menghala ke kafeteria.Kami berjalan beriringan.
Saya Fiza (bukan nama sebenar).Kita satu kumpulan masa orientasi.Rina ingat lagi?
Ya.Ingat.Kenapa Fiza? Ada apa apa yang boleh saya tolong?
Saya tak tahu nak mula daripada mana,Rina.Saya memang mengharapkan awak dapat ajar saya membaca al-Quran.Saya memang tak boleh baca langsung surah al-fatihah dan surah surah lazim.. katanya sedih.Dia memegang erat lenganku.Aku sedikit terkedu.
Ok,takpe.In shaa Allah.Boleh,tapi Fiza datang ke bilik saya ye.Ada masa terluang saya ajar Fiza ye.. ujarku sambil menepuk perlahan bahunya.
Kami kemudian mengisi perut sambil berbual panjang tentang kos yang diambil dan lepas tu kembali ke kuliah masing masing.
* * * * *
Ada sahaja masa masa terluang,pasti Fiza akan datang ke bilikku.Aku bersyukur jugak sebenarnya sebab roomate aku bukan seorang yang banyak soal,sangat memahami dan kelakar orangnya.Baik pulak tu.Fiza ni amik kos kejuruteraan mekanikal sebab ni permintaan parentnya.Suatu hari tu Fiza cerita pasal familynya.Soal solat sangat sangat kebelakang.Aku simpati dengan keadaan dirinya dan nekad untuk bantu apa apa yang patut dan perlu.Dan pernah dia nyatakan hasrat padaku untuk bertudung labuh.
Fiza,pakai tudung bidang 45 pun ok asal tutup dada sahaja.Kalau kena gaya pakai,boleh sangat tutup bahagian tak sepatutnya..ingatku pada Fiza.
Tapi saya suka tengok Rina bertudung labuh.Sejuk mata memandang.Boleh Rina temankan Fiza hujung minggu nanti? Fiza nak beli tudung labuh.Memang sejak nampak Rina kat sini,Fiza rasa Rina adalah orang yang boleh bimbing Fiza..
Aku hanya mengangguk.Dalam hati,aku rasa sayu sangat.Rupanya,masih ada orang yang jauh di sudut hati nak berubah dan bersungguh sungguh nak berubah.Sanggup tebalkan muka minta tolong.Aku sangat sangat respek diri kau Fiza.
* * * *
Nama aku juga turut dicalonkan untuk jawatan ajk kolej kediaman siswi.Nak tak nak,banyak jugalah aku pegang jawatan.Dah sehabis daya aku menolak,bukan apa..takut tak tertanggung dengan amanah yang diberi.Aku rasa susah hati plak sebab di kuliah,lecturer harapkan diri aku jugak untuk tengokkan kawan kawan,jaga ikhtilat kengkawan dan lain lain.Aku serba salah hinggalah suatu hari aku buat perjumpaan tergempar dengan rakan sekelasku.Tutup semua pintu dan tingkap.Ada la jugak kengkawan yang supportku daripada belakang.Aku mention nama ketua kelasku kenapa tak tegur kengkawan lain.Dia budak KL.Agak sosial juga dan aku nasihatkan juga kengkawan lain.
Aku sayang kalian sebab tu aku tegur.. dalam nada sebak aku menuturkan jugak kalimah itu.Ada yang cuba cuba amik gambar dan rakam video..tapi aku tak izinkan.
Keesokan harinya,Penasihat Akademik kami Puan Yaya (bukan nama sebenar) masuk kelas.
Ada cara kita nak tegur orang sebenarnya.Bukan mention nama orang sebarangan dan memalukan dia.. ujar Puan Yaya.Nadanya sinis.Tapi dia tak plak mention sape.Faham faham sendiri je lah.Aku lah tu orangnya.Mataku tiba tiba berkaca.Aku mesti jumpa Puan Yaya lepas ni untuk terangkan segalanya!
ITULAH KESILAPAN TERBESAR PERNAH AKU LAKUKAN.DAN AKU INGAT PESANAN Puan Yaya pada diriku.Di depan dirinya la aku ceritakan segalanya.
Ketua ada mari dengan bawak kawan 4,5 orang.Perempuan ada sekali.Diaorang ada nak tunjuk video yang Rina cakap kat depan tu.Tapi video plak crack.Diaorang pun pelik.Ketua la yang mengadu kat saya yang ada orang malukan dia dalam kelas.Tegur dia depan orang ramai..
Maaf puan.Saya tak berniat nak malukan dia.Semuanya spontan.Lagipun saya sayangkan kawan kawan sekelas saya.Sebab tu saya tegur.. mataku mulai berkaca kaca.Dari sudut hatiku paling dalam,aku rasa bersalah yang amat.CARA AKU SALAH! NI KE CARA DAKWAH? BERHIKMAH JAUH SEKALI.Ya ALLAH..aku rasa berdosa sangat.Aku rasa diri aku paling baik berbanding kawan kawan.Dan selepas itulah aku aktifkan diri dalam seminar,kursus jati diri dan kem kepimpinan di Institut Latihan Dakwah Selangor (ILDAS).Kesilapan masa lalu mengajar diriku erti pengalaman yang sangat berharga.
* * * *
Hari berganti hari..minggu berganti minggu..begitulah kehidupan aku di kampus.Sejak aku join seminar la,sedikit sebanyak aku kenal kelebihan dan kekurangan diriku.Pelbagai kursus aku hadiri untuk menambah pengalaman seterusnya berdepan dengan pelbagai ragam manusia.Dan untuk kawan kawan sekelasku,aku cuba hampiri mereka.Aku bawak diriku sendiri dan alhamdulillah.Tak sia sia berkat berkawan dengan seorang gadis cina,akhirnya setelah 4 tahun berlalu dan masing masing tamatkan pengajian,kawanku telah memeluk Islam.Alhamdulillah.Hidayah itu milik ALLAH.Tapi sayang..aku tidak sempat menghabiskan pengajianku bersama mereka kerana masuk sahaja sem 2,aku berhenti secara mendadak.
Ternyata mengejutkan ramai pihak termasuk PA,majlis pusat Islam,kawan kawan,lecturer dan Fiza.Parentku apatah lagi.Puas memujuk.Aku buat keputusan sangat mendadak.Aku pun tak tahu kenapa.Hati ada dah tiada untuk teruskan pengajian lagi. Korang yang baca ni mesti bingung kan? Kenapa aku buat keputusan tanpa istikharah dan bermusyawarah dulu?
Antara sebab aku berhenti pengajian:
Tetibe je aku terfikir bab ptptn.Takut tak terbayar pada masa depan.Terbeban.Tak nak berhutang berpuluh puluh ribu ringgit.Aku takut nak hadapi semua tu pada masa depan.Korang yang tengah belajar ni belajar la betul betul.Jangan jadi macam aku.Lepas tu,kos yang aku dapat adalah business study.Lain lain aku boleh skor tapi subjek killer aku adalah ACCOUNT.Aku banyak tinggal kelas untuk subjek ni.Konon konon nak kursus dan lain lain sampai lecturer sendiri tak redha kot dengan aku.Sebab dia pernah cakap aku ni tudung je labuh tapi tak boleh nak pentingkan ilmu akaun yang dia ajar dan lebih suka tinggal kelas dia.Nak buat camne.Aku pegang banyak sangat jawatan.Aku kadang kadang rasa bersalah ya amat.Dan aku rasa akaun la aku payah nak skor.Amik business tapi payah nak skor so what? Mikroekonomi ok plak result aku.Pastu..aku rasa nak belajar bidang agama lebih mendalam lagi.Maybe lepas lepas ni.So,apa yang aku buat adalah bekerja sementara di suatu tempat cari pengalaman.
* * * *
Aku dah pendekkan cerita so antara pengajaran yang aku nak kasi kat korang yang baca ni:
*Jangan judge orang.Malukan orang tanpa tentu hala.Ni kisah zaman jahiliah aku yang takde ilmu berdakwah.
*Lepas tu plak,berkawan dengan semua orang,jaga batasan antara lelaki perempuan.Jangan bertepuk bertampar.Kehidupan di kampus begitulah.
*Jaga diri walau dimana sahaja berada.
*Kena pandai bahagi masa.Pegang jawatan banyak pun tak guna lau tak pandai bahagi masa.
*Dakwah ni banyak cara.Setiap orang berbeza caranya.Jangan bagi orang sentap dengan kita,menyampah dan lain lain.Lakukan yang terbaik.
*Belajar jangan sampai sekerat jalan.Macam aku ni,maybe tak sesuai dengan jiwa dan aku tak boleh nak bawak lagi.Kelabu.Jangan jadi cam aku ok.
Begitulah kisah benar yang dialami oleh penulis.Semoga bermanfaat.Tak dapat banyak,dapat sikit pun jadi lah.
Nota kaki: Apa jua jenis watak,tempat,masa,kejadian dan jalan cerita penulis olah sedikit agar bersesuaian dengan penyampaian penulis.
Sekian.
Wirda
Sumber & Kredit: iiumc
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel Kawan Dan Dakwah
Anda sekarang membaca artikel Kawan Dan Dakwah dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/kawan-dan-dakwah.html